“Rahsia” Tentera China Bocor Apabila Pesawat JL-10 Miliknya Terhempas?

Menurut media-media Barat serta video yang diambil oleh penduduk tempatan yang berada di lokasi insiden itu, jurulatih pelatih juruterbang itu adalah seorang warga Russia, sekaligus membocorkan perkara yang dianggap “rahsia” oleh pihak tentera China.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini sebuah pesawat latihan lanjutan dua tempat duduk JL-10 atau dikenali sebagai L-15 Hondu dipasaran eksport milik Tentera Udara China telah terhempas di sebuah perkampungan di Wilayah Henan.

Kedua-dua pelatih juruterbang dan jurulatihnya terselamat dalam insiden itu.

Namun apa yang lebih menarik mengenai insiden terhempasnya pesawat latihan lanjutan JL-10/L-15 itu adalah warganegara jurulatih pelatih juruterbang pesawat malang itu.

Imej jurulatih pesawat JL-10/L-15 Tentera Udara China yang terhempas itu baru-baru ini.

 

Menurut media-media Barat serta video yang diambil oleh penduduk tempatan yang berada di lokasi insiden itu, jurulatih pelatih juruterbang itu adalah seorang warga Russia, sekaligus membocorkan perkara yang dianggap “rahsia” oleh pihak tentera China.

Video yang dikongsi dalam media sosial China menunjukkan kedua-dua penumpang pesawat latihan itu sedang duduk di kawasan bersemak di perkampungan terbabit.

Pelatih juruterbang itu dilihat sedang bercakap dengan komander menerusi telefon dalam bahasa Cina manakala jurulatih hanya mendiamkan diri dengan video jelas menunjukkan ia adalah warga asing.

 

Dalam satu aksi di dalam video itu menunjukkan jurulatih bangsa asing dalam Bahasa Inggeris  meminta penduduk tempatan tidak merakam dirinya dalam video itu.

Penduduk tempatan yang berada di lokasi kejadian mendakwa jurulatih itu adalah warga Russia.

Setakat ini pihak tentera China mengambil pendekatan mendiamkan diri tentang dakwaan bahawa jurulatih pesawat terhempas itu adalah warga Russia.

Tiada kenyataan daripada pihak Tentera Udara China setakat ini.

Pihak tentera China  selama ini dakwa media-media Barat, sering mengatakan bahawa juruterbang-juruterbang pesawat pejuangnya dilatihnya sendiri dalam negara tanpa melibatkan bantuan daripada pihak luar.

.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Sebagai sebuah negara kuasa utama tentera dunia, sudah tentu adalah memalukan jika ia mengaku juruterbangnya dilatih oleh pihak asing, terutamanya apabila pesawat malang itu adalah buatan tempatan dan latihan pula dilakukan dalam negara.

Menurut laporan oleh The Washington Times, jurulatih Russia melatih juruterbang China menggunakan pesawat JL-10 selama setahun.

Akhbar Amerika Syarikat itu juga mendakwa jurulatih Russia melatih juruterbang China tentang cara-cara untuk mendaratkan pesawat pejuang di atas kapal pengangkut pesawat,

Pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) JL-10 atau L-15 itu dibangunkan oleh syarikat pembuat pesawat China,  Hongdu Aviation Industry Group Ltd (HAIG) dan dipasarkan oleh China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC),  yang merupakan agensi kerajaan China bertanggungjawab memasarkan produk-produk aviation keluaran pelbagai syarikat negara itu kepada pasaran dunia.

Pesawat L-15 ketika pameran Dubai Airshow 2021.

 

Protaip pesawat supersonic JL-10/L-15  yang dibangunkan oleh syarikat Hongdu berpengkalan di Nanchang itu mula terbang pada pada 2006, dijana oleh dua enjin yang diperbuat oleh syarikat Ukraine “Ivchenko-Progress”, AL-222 turbofans.

Pesawat JL-10/L-15 itu direkabentuk dengan kelengkapan seperti pesawat generasi ke-4 termasuk glass cockpit dengan multi-fuction display, HOTAS dan lain-lain untuk menyediakan juruterbang-juruterbang Tentera Udara China sebelum mereka menerbangkan pesawat-pesawat pejuangnya yang lebih canggih seperti Su-30, Su-35, J-10, J-16 dan J-20 “Mighty Dragon.” — DSA

 

ChinafeaturedJL-10L-15Rahsia