Tanpa Pesawat Pejuang Rafale, Industri Pertahanan Perancis Gagal Bersaing

Industri pertahanan Perancis terpaksa bergantung kepada pasaran eksport untuk “survive” dan melihatkan kepada keadaan sekarang,produk-produk pertahanan negara itu (kecuali pesawat pejuang Rafale) telah gagal bersaing dengan produk keluaran negara lain

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jikalau Perancis tidak menghasilkan pesawat pejuang Rafale, maka,  industri pertahanan negara itu tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara “baru” dalam industri terbabit seperti Korea Selatan, Turkiye dan Israel.

Korea Selatan, Turkiye dan Israel memberikan cabaran yang sengit kepada sektor pertahanan-industri Perancis.

Walaupun industri pertahanan Perancis memiliki kekuatannya dan berada di tangga ketiga sebagai negara pengeluar senjata ketiga terbesar dunia, tetapi ia juga mempunyai beberapa kekurangannya.

Salah satu kekurangan industri pertahanan Perancis adalah ia terlalu bergantung kepada pesawat pejuang Rafale.

Pesawat pejuang Rafale dibangunkan oleh syarikat Dassault Aviation merupakan produk utama industri pertahanan Perancis, yang membolehkan ia muncul sebagai negara pengeksport senjata ketiga terbesar dunia selepas Amerika Syarikat dan Russia.

“Pesawat pejuang Rafale dengan enjin dibuat oleh Safran, elektronik oleh Thales dan peluru-peluru berpandu oleh MBDA memainkan peranan penting.”

Kapal selam Scorpene kelas-Perdana Menteri milik TLDM yang dibina oleh syarikat Perancis, Naval Group.

 

“Pada tahun 2022, penjualan 80 buah pesawat pejuang Rafale oleh Dassault Aviation  kepada Emiriah Arab Bersatu  (UAE) merangkumi dua-pertiga daripada eksport Perancis bernilai Euro$27 bilion (RM137 bilion) dalam industri pertahanan.”

“Jualan 80 buah pesawat Rafale kepada UAE itu membolehkan Perancis berada ditangga ketiga selepas Amerika Syarikat dan Russia,”  menurut laporan oleh akhbar terkenal negara itu, Le Monde.

Sekiranya Paris berjaya menjual lebih daripada 50 buah pesawat pejuang Rafale kepada Arab Saudi sebagaimana dilaporkan oleh media baru-baru ini, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan Rafale sebagai “satu-satunya” pertahanan Perancis yang berjaya menarik bersaing di peringkat antarabangsa.

Menurut jurutera senjata dan perunding pertahanan Marc Chassilan sebagaimana dipetik oleh akhbar terbabit berkata, Perancis adalah “negara satu produk” yang terlalu berpandu kepada pesawat pejuang Rafale.

“Perancis adalah negara satu produk, Tanpa pesawat pejuang Rafale, ia akan diketepikan,” kata beliau.

Di dalam industri pertahanan, Perancis semakin ketinggalan di Eropah dan terlalu bergantung kepada negara-negara Timur Tengah.

Pesawat pengangkut A400M milik TUDM yang dibina oleh syarikat Airbus.

 

“Perancis bergelut untuk menjual kapal-kapal frigetnya dan kapal selam di pasaran senjata yang amat kompetitif. Syarikat-syarikat telah tidak menghasilkan lagi peralatan infantri manakala kereta kebal Leclerc gagal di dalam pasaran eksport,” kata Marc.

Beliau berkata, kenderaan-kenderaan perisai Jaguar dan Griffon yang direkabentuk untuk peperangan tidak simetri seperti di Afghanistan dan Sahel hanya dibeli oleh Belgium, tetapi hanyalah kerana Brussels mempunyai hubungan pertahanan yang rapat dengan Paris.

Walaupun sistem meriam bergerak “Caesar” itu diminati oleh banyak negara, tetapi syarikat pembuatnya iaitu Nexter tidak dapat memenuhi permintaan. 

Berlainan dengan Amerika Syarikat dan Russia yang memiliki bala tentera yang besar, industri pertahanan Perancis tidak boleh bergantung kepada permintaan domestik untuk membantunya menjana jualan.

Meriam SPH Bergerak “Caesar” 155mm 52-cal yang dibangunkan oleh NEXTER Systems.

 

Angkatan Tentera Perancis, sama ada di darat, laut mahupun udara, tidaklah besar.

Industri pertahanan Perancis terpaksa bergantung kepada pasaran eksport untuk “survive” dan melihatkan kepada keadaan sekarang,produk-produk pertahanan negara itu (kecuali pesawat pejuang Rafale) telah gagal bersaing dengan produk keluaran negara lain. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com
featuredIndustripertahananPesawatRafale
Comments (1)
Add Comment