Pyongyang Bunuh dan Bakar Rakyat Korea Selatan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Korea Utara dipercayai menembak mati seorang kakitangan Jabatan Perikanan Korea Selatan Sebelum bertindak membakarnya, selepas menemui beliau di sempadan perairan kedua-dua negara itu.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyifatkan insiden pembunuhan itu sebagai amat tidak berperikemanusiaan dan mahukan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Pyongyang sehingga kini masih belum memberikan sebarang reaksi terhadap kejadian itu.

Kakitangan Jabatan Perikanan Korea Selatan yang malang sebelum itu menaiki sebuah bot di Yeongpyong kira-kira 10 batu daripada sempadan kedua-dua negara.

Graphic by BBC

Beliau kemudiannya dikesan “hilang” pada Isnin sebelum ditemui oleh anggota tentera Korea Utara yang mengawal ketat sempadan negara mereka.

Menurut beberapa laporan tempatan, bapa kepada dua orang anak yang berusia 47 tahun itu dipercayai cuba berpaling-tadah kepada Korea Utara.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan berkata, anggota tentera Korea Utara menemui lelaki itu pada 3.30 petang hari Selasa dalam sebuah bot dengan memakai jaket keselamatan.

Anggota tentera Korea Utara kemudiannya memberikan lelaki itu topeng gas dan mula menyoalnya beberapa soalan dari jarak tertentu sebelum menembak mati beliau selepas mendapat arahan daripada pihak tertinggi.

Mayat lelaki itu kemudiannya dibakar dan diibiarkan dilautan itu, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

Kementerian mempercayai ia adalah sebahagian daripada tindakan mencegah penyebaran penyakit COVID-19.

pix credit GettyImages

Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, maklumat diperolehi daripada pelbagai sumber perisikan.

Ia adalah kejadian kedua selepas seorang pelancong wanita Korea Selatan berusia 53 tahun ditembak mati oleh anggota tentera Korea Utara di Gunung Kumgang pada 2008.

Pada Januari lepas, Pyongyang menutup pintu sempadannya dengan China sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang penyebaran penyakit COVID-19 dikalangan rakyatnnya.

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in menyifatkan pembunuhan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan dan mahukan Korea Selatan bertanggungjawab terhadap insiden itu,

Korea Utara dan Korea Selatan secara teknikalnya masih berada di dalam keadaan perang

Seoul yang disokong oleh Amerika Syarikat manakala Pyongyang pula oleh China dan Soviet Union berperang daripada 1950 hinggalah kedua-dua pihak mencapai gencatan senjata pada 1953.

Kajian terbaru menunjukkan seramai 1.2 juta orang termasuk anggota tentera kedua-dua negara terbunuh dalam perang saudara itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

BakarBunuhKorea SelatanKorea Utara