(VIDEO) Prototaip Pesawat Pejuang Generasi Keenam China J-36 lakukan Penerbangan Kedua

(VIDEO) Kali ini, penerbangan kedua prototaip pesawat pejuang generasi keenam China, J-36 itu dilakukan bersendirian tanpa diiringi oleh mana-mana pesawat pejuang sedia ada negara itu,sebagaimana berlaku pada ujian penerbangan pertama pada akhir tahun lepas.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hari ini video-video gambar-gambar ujian penerbangan solo kedua prototaip pesawat pejuang generasi keenam China, J-36 yang dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Corporation (CAC) telah tersebar di platform media-media sosial China.
Kali ini, penerbangan kedua prototaip pesawat pejuang generasi keenam China, J-36 itu dilakukan bersendirian tanpa diiringi oleh mana-mana pesawat pejuang sedia ada negara itu,sebagaimana berlaku pada ujian penerbangan pertama pada akhir tahun lepas.
Prototaip pesawat pejuang generasi keenam China itu telah melakukan penerbangan sulungnya pada 26 Disember 2024.
Ketika ini, ujian berskala penuh ke atas pesawat J-36, yang dikategorikan sebagai pesawat pejuang berat pelbagai peranan sedang dijalankan.
Ujian ini dilaporkan adalah untuk menilai Sistem Kawalan Data Elektronik (EDCS) serta keupayaan pesawat generasi keenam itu melaksanakan pelbagai mod penerbangan.
Selain itu, sistem kawalan persenjataan turut diuji, termasuk radar AESA dengan modul pengesanan sisi dan reka bentuk fuselage pesawat.
Pesawat generasi keenam China ini menggunakan konfigurasi tanpa ekor dengan sayap delta berkembar serta dilengkapi tiga enjin turbofan untuk peningkatan kemampuan berbanding hanya dua enjin oleh program pesawat pejuang generasi keenam Barat.

Ia dilaporkan oleh para penganalisis sebagai berkemampuan mencapai kelajuan maksimum sehingga 2,900 kilometer sejam pada ketinggian 11,500 meter, selain boleh melakukan penerbangan supersonik pada kelajuan sekitar 2,100 hingga 2,200 kilometer sejam.
J-36 dilaporkan mempunyai ketinggian operasi maksimum antara 20,000 hingga 21,000 meter,manakala daripada segi keupayaan persenjataan, J-36 mampu membawa beban tempur antara 10 hingga 13 tan.
Laporan terkini menunjukkan bahawa pesawat pejuang J-36 bakal dilengkapi avionik berasaskan kecerdasan buatan (AI), sensor canggih serta keupayaan untuk beroperasi bersama dron, sejajar dengan trend global pesawat pejuang generasi keenam.
Dengan ciri-ciri ini, J-36 berpotensi menjadi pesaing utama kepada program Next Generation Air Dominance (NGAD) Amerika Syarikat serta projek Global Combat Air Programme (GCAP) dan Future Combat Air System (FCAS) di Eropah.
Pesawat pejuang generasi keenam China, J-36
Gambar menunjukkan tiga enjin pesawat pejuang generasi keenam China, J-36 dalam keadaan afterburner.
Setakat ini, China belum mengeluarkan sebarang pengesahan rasmi mengenai program J-36.
 Namun, rakaman video yang bocor serta imej satelit menunjukkan bahawa pembangunannya sedang giat dijalankan.
Persaingan dalam perlumbaan pesawat pejuang generasi baharu semakin sengit!
— DEFENCE SECURITY ASIA

Chengdu Aircraft CorpChinaJ-36
Comments (0)
Add Comment