Imej Pesawat Generasi Ke-Enam AS Tersebar

(Defence Security Asia) — Beberapa hari lalu, dunia pertahanan digemparkan apabila tentera udara Amerika Syarikat mengumumkan ia telah berjaya menerbangkan sebuah prototaip pesawat kombat Generasi Ke-Enam.

Penganalisis mengatakan ia adalah pesawat generasi masa depan Amerika Syarikat yang diklasifikasikan sebagai “Next Generation Air Dominance Program.”

Ketika Amerika Syarikat sudah berjaya menghasilkan pesawat generasi ke-enam,  Russia, China dan negara Eropah pula masih bergelut untuk memastikan kemampuan optimum pesawat pejuang generasi ke-lima mereka seperti J-20 dan SU-57.

Pesawat Chengdu J-20 dan Russia SU-57 itu masih berada di peringkat awal operasi.

Pesawat pejuang gen-5 China, J-20. (sumber internet)
Pesawat Gen-5 Russia, SU-57. (sumber internet)

Tentera Udara Amerika Syarikat  juga masih berhadapan dengan pelbagai masalah dalam pembuatan pesawat F-35 Lightning dan F-22 Raptor terutamanya membabitkan soal kos yang melambung tinggi berbanding anggaran asal.

Namun ia tidak menghalangnya untuk memulakan program pesawat generasi ke-enam.

Penghasilan prototaip pesawat generasi ke-enam itu menggemparkan dunia pertahanan terutamanya pesaing Amerika iaitu Russia dan China.

Hari ini, beberapa keping imej/gambar yang agak kabur didakwa menunjukkan prototaip pesawat generasi ke-enam Amerika Syarikat ketika sedang menjalani ujian penerbangan mula tersebar di media sosial.

Walaupun tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentera udara Amerika Syarikat setakat ini tentang kesahihan imej-imej yang tersebar itu, namun banyak pihak mendakwa ia adalah imej pesawat masa depan terbabit.

Sama-samalah kita lihat gambar-gambar yang tersebar itu dan membuat keputusan samada ia adalah sahih atau tidak.

Admin minta maaf kerana imej-imej adalah agak kabur.

Perkembangan di bumi Amerika itu membuktikan daripada segi teknologi pesawat pejuang, negara Uncle Sam itu berada beberapa langkah dihadapan berbanding pesaingnya.

Apa yang pasti perkembangan terbaru di Amerika Syarikat sudah semestinya diperhatikan dengan terperinci oleh negara-negara pesaing kerana semua pihak mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang pesawat Generasi Ke-Enam pertama dunia itu.

Perisik-perisik mereka sudah pasti akan dikerahkan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pesawat Generasi Ke-enam dan penerbangan pertama pesawat masa depan Amerika Syarikat itu.

Apakah China dan Russia akan memulakan program pembinaan pesawat Generasi Ke-enam mereka pula selepas ini?

— DEFENCE SECURITY ASIA

Air Dominance ProgramAmerikaGen-6J-20Next GenerationPesawat PejuangSU-57
Comments (0)
Add Comment