Pesawat Boeing 737-400 Test-Bed Milik IAI-Elta Di Pangkalan Paya Lebar, Singapura

Pesawat itu dengan no pendaftaran 4X-AOO mendarat di pangkalan udara tentera Singapura itu selepas terbang setinggi 19,000 kaki selama empat jam di pulau itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah pesawat Boeing 737-400 milik Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) dikesan mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar di Singapura selepas menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat jam mengelilingi pulau itu.

Pesawat itu dengan no pendaftaran 4X-AOO mendarat di pangkalan udara tentera Singapura itu selepas terbang setinggi 19,000 kaki selama empat jam di pulau itu.

Apa yang menarik berkenaan pesawat itu adalah ia dipanggil sebagai pesawat “test-bed” atau pesawat uji kaji.

Menurut sumber terhadap daripada Wikipedia, pesawat itu telah digunakan untuk membangunkan pelbagai sistem termasuk “maritime patrol signal intelligence, image intelligence using synthetic aperture radar, Aircraft Early Warning dan Flight Guard serta sistem pertahanan peluru berpandu untuk pesawat komersial.

Di dalam gambar Instagram (kredit dc_ah), pesawat 737-400 terbabit dilengkapi dengan radar Maritime Patrol dibawah badan pesawat.

Dalam satu lagi gambar yang disiarkan oleh laman Facebook Israel Industries pada Ogos tahun lepas, pesawat berkenaan dengan nombor pendaftaran yang sama dilihat memiliki kon di muncung pesawat, berkemungkinan menempatkan radar.

Selain daripada benda-benda yang kita nampak seperti radar, pesawat itu dipercayai membawa pelbagai sistem penderaan dan sensor yang amat sensitif, sebab itu kehadirannya di Singapura itu amat menarik perhatian ramai.

Mungkin ia sedang menguji suatu sistem yang baru.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments (0)
Add Comment