Pencerobohan Terbaru Kapal-Kapal China Di Perairan Sarawak

Tindakan pencerobohan terbaru kapal-kapal China terbaru itu hanya membuktikan bahawa Beijing kini sedang meningkatkan operasi “gangguan dan provokasi” terhadap aktiviti cari gali minyak dan gas oleh syarikat-syarikat negara di kawasan perairan ZEE Malaysia terutamanya di luar pantai Sabah dan Sarawak.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tiga buah kapal pengawal pantai China dilaporkan berada di dalam perairan Malaysia pada  ketika ini, menurut pemerhati hal ehwal Laut China Selatan @duandang hari ini menerusi akaun Twitter-nya.

Ketiga-tiga kapal pengawal pantai China itu dikenalpasti sebagai Haijing 5402, 5103 dan 5102.

Ketiga-tiga kapal pengawal pantai itu menurut pemerhati terbabit, berada di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) milik negara tidak jauh daripada Bintulu, tetapi tidak menjelaskan dengan teliti lokasi kapal China itu.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada ship-tracking yang disertakan oleh @duandang itu, admin mempercayai bahawa ketiga-tiga kapal pengawal pantai China itu berada di sekitar Beting Patinggi Ali dan seperti biasa sedang cuba “menganggu” aktiviti mencari gali minyak dan gas oleh syarikat-syarikat Malaysia dan rakan asing mereka.

Itu adalah modus operandi China sejak beberapa tahun lepas, iaitu ia akan menghantar kapal-kapal pengawal pantainya untuk menganggu aktiviti cari gali minyak dan gas di kawasan perairan yang termasuk di dalam peta Nine Dash Line.

Kredit @duandang

 

Beijing mendakwa perairan di dalam Nine Dash Line itu adalah miliknya.

Dalam kes ini, perairan ZEE Malaysia di mana ketiga-tiga kapal pengawal pantai China itu berada dalam peta Nine Dash Line dimana Beijing mendakwa adalah miliknya.

Beting Patinggi Ali itu hanya terletak kira-kira 80 batu nautika daripada Bintulu manakala kedudukannya daripada Miri pula adalah di sekitar 100 batu nautika.

Kali terakhir kita mendengar tentang pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China dan kapal milik agensi negara itu adalah pada 24 Sept yang lalu apabila kapal penyelidiknya, “Da Yang Hao” sambil diiringi kapal pengawal pantai negara itu dikesan memasuki perairan negara.

Pencerobohan kapal-kapal China itu berlaku sehari selepas pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Amerika Syarikat mengadakan latihan bersama di Selat Melaka.

Selepas memasuki perairan Malaysia, kapal penyelidik Da Yang Hao dan kapal pengawal pantai China dikesan belayar menuju ke kapal pengerudi (drillship) West Capella.

Kredit @duandang

 

Kapal pengawal pantai China itu juga dikesan memantau aktiviti yang dijalankan oleh kapal “Sapura Esperanza” (Semi-Submersible Self-Erecting Tender Assisted Drilling) yang sedang beroperasi di luar pantai Sarawak.

Kapal Sapura Esperanza itu dimiliki oleh syarikat Sapura Energy.

Tindakan terbaru itu hanya membuktikan bahawa China kini sedang meningkatkan operasi “gangguan” terhadap aktiviti cari gali minyak dan gas oleh syarikat-syarikat negara di kawasan perairan ZEE Malaysia terutamanya di luar pantai Sabah dan Sarawak.

Menurut aplikasi penjejakan kapal yang di-upload oleh pemerhati OSINT (Open Source Intelliigence) @WBWhiskeyBravo memaparkan sebuah kapal pengawal pantai China, CCG 5101 sedang memantau kapal Sapura Esperanza di Lapangan Gas Kasawari.

Menerusi Nine Dash Line, China menuntut keseluruhan Laut China Selatan sebagai miliknya. (kredit Internet)

 

Lapangan Gas “Kasawari” yang terletak di Blok SK316 adalah milik Petronas.

Tindakan pencerobohan oleh kapal-kapal milik China pada Sept lepas itu telah menyebabkan ketidakpuasanhati Malaysia yang telah memanggil duta China untuk membantah tindakan itu serta menghantar nota diplomatik mengenainya.

Adakah kerajaan Malaysia akan menyatakan bantahan berkenaan pencerobohan terbaru kapal-kapal China itu dan memanggil duta negara itu?

Lapangan Gas Asli Kawasari yang sedang dibangunkan oleh PETRONAS.

 

– DEFENCE SECURITY ASIA

 

Beting Patinggi AliChinaKapalPencerobohanSarawak