Pembinaan Bare Base TUDM Bintulu Bermula, Pertingkat Perlindungan Pertahanan Udara Malaysia Timur

“Pelaksanaan projek (Bare Base TUDM Bintulu) ini berupaya meningkatkan perlindungan optimum terhadap kepentingan pertahanan udara di Malaysia Timur,” menurut posting media sosial TUDM baru-baru ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lebih daripada tiga tahun diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembinaan Bare Base Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkeluasan seluas 48 hektar di Bintulu akan bermula tidak lama lagi.
Beberapa hari lalu, Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Perlantikan Pengarah Projek dan Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Pembinaan Bare Base TUDM Bintulu bertempat di Menara Kerja Raya.
“Pembinaan projek (Bare Base TUDM di Bintulu) ini adalah untuk mewujudkan pangkalan udara asas dengan fasiliti yang mencukupi bagi menampung keperluan operasi yang optimum dengan menggunakan keanggotaan dan aset ketenteraan sedia ada selari dengan konsep Pangkalan Operasi Berkala (POB).”
“Pelaksanaan projek (Bare Base TUDM Bintulu) ini berupaya meningkatkan perlindungan optimum terhadap kepentingan pertahanan udara di Malaysia Timur,” menurut posting media sosial TUDM baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir.Roslan bin Ismail baru-baru ini.
Projek Pembinaan Bare Base TUDM di Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 Rolling Plan ke-2 (RMK12 RP2) dan perancangan pelaksanaan projek telah bermula pada Ogos 2021.
(kredit TUDM)

Ringkasan Artikel:

Pembinaan Bare Base Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di kawasan seluas 48 hektar di Bintulu, Sarawak, akan dimulakan pada November 2024 dan dijangka siap pada Mei 2028. Projek ini, yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 2 (RMK12 RP2), bertujuan untuk menyediakan pangkalan udara asas dengan kemudahan minimum seperti landasan, taxiway, dan kawasan parkir pesawat, sejajar dengan konsep Periodic Operating Base (POB).

Kedudukan strategik pangkalan ini di Bintulu membolehkan TUDM menyokong operasi Unmanned Aerial System (UAS) bagi misi perisikan dan pengawasan di kawasan Laut China Selatan, khususnya berhampiran Beting Patinggi Ali, lokasi yang sering menjadi sasaran pencerobohan kapal pengawal pantai China.

Pangkalan ini juga terletak berdekatan dengan lokasi pembinaan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Samalaju, yang akan memperkukuhkan pertahanan di sekitar Lapangan Gas Kasawari dan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (ZEE). Selain itu, Bare Base ini akan turut menyokong operasi MAWILLA 4 dari segi logistik, sekaligus meningkatkan keupayaan pertahanan udara dan maritim di Malaysia Timur.

Projek itu akan dibangunkan di kawasan berhampiran dengan kawasan Lapangan Terbang Bintulu, Sarawak berkeluasan 48 hektar dan pelaksanaan akan bermula pada bulan November 2024 serta dijadualkan dapat disiapkan pada bulan Mei 2028.
“Bare Base” merujuk kepada pangkalan udara yang memiliki kemudahan-kemudahan yang minimum untuk menyokong sesuatu operasi seperti landasan, taxiway dan kawasan meletak pesawat dan helikopter.  
Dengan landasan (walaupun hanya STOL) , Bare Base TUDM di Bintulu itu juga boleh menjadi pangkalan untuk operasi UAS (Unmanned Aerial System) milik TUDM untuk misi-misi Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) terutamanya di kawasan perairan Laut China Selatan.
Kehadiran sebuah pangkalan udara di Bintulu amat ditagih dan merupakan suatu keputusan yang tepat berikutan keadaan terkini di Laut China Selatan pada masa ini.
Kedudukannya di Bintulu itu adalah berhampiran dengan Beting Patinggi Ali yang menjadi  tumpuan kapal-kapal pengawal pantai China yang dilaporkan kerap kali melakukan pencerobohan terhadap kawasan perairan Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) yang kaya dengan sumber minyak dan gas itu.

Kedudukan Bare Base TUDM di Bintulu juga adalah berhampiran dengan Markas Wilayah Laut 4 (MAWILLA 4) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Bintulu, yang pembinaannya akan dimulakan tidak lama lagi selepas apabila proses pembayaran premium tanah kepada kerajaan Sarawak selesai.
MAWILLA 4 itu akan dibina di satu kawasan di Samalaju bagi membolehkan TLDM mewujudkan pangkalan yang berdekatan dengan kawasan Lapangan Gas Kasawari dan Beting Patinggi Ali di ZEE Laut China Selatan.
Bare Base TUDM di Bintulu juga sudah pasti akan digunakan untuk menyokong operasi MAWILLA 4 terutamanya daripada segi lojistik. — DSA
 
Bare BaseBintulufeaturedTUDM
Comments (0)
Add Comment