Pelancong “Tidak Sengaja” Dedah Lokasi Sistem S-400 Russia Di Crimea

Menggunakan maklumat dan data geo-lokasi yang didapati daripada gambar yang dimuat naik ke dalam media sosial Russia oleh pelancong Russia itu, pihak berkuasa Ukraine telah bertindak melakukan "geo-location" untuk mengetahui dengan lebih tepat kedudukan bateri pertahanan udara S-400 Russia.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Tindakan seorang pelancong Russia mengambil gambar berlatarbelakangkan sistem pertahanan udara S-400 “Triumf” milik Russia di Crimea secara tidak sengaja telah mendedahkan kedudukannya di wilayah bergolak itu, sekaligus memungkinkan ia diserang oleh peluru-peluru berpandu serta roket tentera Ukraine.

Walaupun tindakan pelancong Russia yang hanya memakai pakaian mandi itu telah mendatangkan bahaya kepada tentera negara itu, tetapi bagi tentera Ukraine mereka hanya mengucapkan “terima kasih” terhadap pelancong “malang” itu. 

Pelancong Russia itu mungkin terlalu teruja dapat melihat dengan dekat sistem pertahanan udara S-400 itu, lalu bertindak mengambil gambar bersama-samanya dan memuatnaiknya di dalam media sosial untuk tujuan merakam kenangan. 

Menerusi data lokasi yang didapati dari gambar itu, pihak tentera Ukraine dapat mengenalpasti kedudukan sistem pertahanan udara S-400 itu.

 

Tidak diketahui tindakannya itu, berpotensi membahayakan keselamatan pengendali sistem pertahanan udara itu, selain telah “membocorkan” maklumat sensitif tentera Russia. 

“Mungkin kami terlalu keras terhadap mereka tetapi dalam masa yang sama, kami turut berterima kasih kepada mereka. Teruskan kerja baik anda,” menurut akaun Twitter Kementerian Pertahanan Ukraine yang menyindir tindakan bodoh pelancong Russia itu.

Pada ketika ini, tidak diketahui nasib terkini bateri pertahanan udara S-400 milik Russia itu yang kedudukannya telah didedahkan secara tidak sengaja oleh pelancong negara itu. 

Akaun Twitter Kementerian Pertahanan Ukraine itu turut menyertakan sekeping gambar pelancong Ukraine terbabit yang mengambil gambar dengan berlatarbelakangkan sistem pertahanan udara S-400 yang amat penting bagi mempertahankan ruang udara Crimea daripada serangan tentera Ukraine.

Sistem pertahanan udara S-400

 

Menggunakan maklumat dan data geo-lokasi yang didapati daripada gambar yang dimuat naik ke dalam media sosial Russia oleh pelancong Russia itu, pihak berkuasa Ukraine telah bertindak melakukan “geo-location” untuk mengetahui dengan lebih tepat kedudukan bateri pertahanan udara S-400 Russia.

Gambar diambil oleh pelancong Russia itu telah dimuat naik ke VKontakte, laman media sosial Russia bersamaan dengan Facebook bersama-sama data geo-lokasi kedudukannya.

Hasil daripada usaha “geo-lokasi” oleh pihak Ukraine, mereka telah dapat mengenapasti dengan lebih tepat kedudukan sistem pertahanan udara Russia terbabit yang terletak di sebuah kawasan bernama Yevpatoriya di Crima.

EKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Kedudukan tentera Russia di Crimea berhadapan dengan serangan tentera Ukraine.

 

Ia merupakan sebahagian daripada jaringan sistem pertahanan udara yang bertanggungjawab mengawal ruang udara Crimea itu daripada ancaman peluru berpandu, roket dan pesawat pejuang tentera Ukraine.

Sejak kebelakangan ini, tentera Ukraine telah melancarkan beberapa serangan besar terhadap kedudukan tentera Russia di Crimea termasuk pangkalan-pangkalan udara, laut dan pusat-pusat penyimpanan peluru musuh mereka itu.

Tentera Russia telah meletakkan sistem pertahanan udaranya yang paling berkemampuan iaitu S-400 di Crime yang turut menempatkan ibu pejabat bagi beberapa ketumbukan tenteranya. — DSA

 

Jom folow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

 

 

CrimeafeaturedPelancongRussiaS-400