Pakar Kereta Kebal Russia Lakukan “Reverse Engineering” Terhadap M1A1 Abrams Amerika

Sebagaimana dilaporkan oleh saluran telegram ketenteraan Russia,Military Observer, kereta kebal Abrams itu dihantar ke syarikat pembuat kereta kebal terkenal negara itu di Nizny Tagil dimana ia akan menjalani pemeriksaan oleh pakar-pakar kereta kebal di Uralvagonzavod.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak tentera Russia bertindak mengirimkan sebuah kereta kebal M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat yang ditawannya daripada Ukraine kepada pembuat kereta kebal, Uralvagonzavod untuk tujuan “reverse engineering.”
Sebagaimana dilaporkan oleh saluran telegram ketenteraan Russia,Military Observer, kereta kebal Abrams itu dihantar ke syarikat pembuat kereta kebal terkenal negara itu di Nizny Tagil dimana ia akan menjalani pemeriksaan oleh pakar-pakar kereta kebal di Uralvagonzavod.
Uralvagonzavod merupakan pihak yang bertanggungjawab membangunkan kereta-kereta kebal seperti T-72, T-80, T-90 dan juga T-14 Armata serta pelbagai jenis kereta perisai untuk tentera negara itu dan juga pasaran eksport.
Dalam video yang turut disertakan dalam laporan berita di saluran Telegram itu, kereta kebal Abrams itu tiba di Uralvagonzavod dalam keadaan ditutup dengan plastik dan hanya meriamya kelihatan.
Tidak dapat diketahui tentang keadaan terkini kereta kebal Abrams itu, tetapi pemerhati menyatakan bahawa kereta kebal berkemungkinan besar masih berada di dalam keadaan baik ketika ditawan, sekaligus membolehkan ia melalui proses “reverse engineering” oleh pakar-pakar kereta kebal Russia.
Amalan “reverse engineering” bukanlah konsep baru, sebaliknya ia adalah prosedur biasa yang sering dilakukan oleh kedua-dua pihak yang berperang.
Tentera Russia bergambar dengan kereta kebal Abrams yang telah musnah.
Kira-kira satu setengah bulan yang lalu, sebuah kereta kebal Jerman Leopard 2A6 milik tentera Ukraine yang masih dalam keadaan baik juga telah dibawa ke Uralvagonzavod untuk tujuan reverse engineering.
Ukraine melakukan perkara yang sama dengan peluru berpandu atau senjata Rusia yang jatuh ke tangan pasukan Ukraine.
Perlu diingat, melalui reverse engineering dan dengan bantuan pakar Barat, Ukraine telah berjaya membongkar banyak rahsia di sebalik peluru berpandu kruis yang digunakan oleh tentera Russia.
Apa yang dipelajari oleh Russia hasil reverse-engineer kereta kebal Abrams Amerika Syarikat?
Tujuan utama reverse-engineer kereta kebal Abrams Amerika Syarikat itu adalah untuk mempelajari komponen-komponen modennya dan memahami dengan mendalam sistem yang menjadikan Abram kereta kebal yang berjaya di dunia.
Salah satu ciri-ciri yang berkemungkinan akan dipelajari dengan mendalam oleh pakar-pakar di Uralvagonzavod adalah armor kompositnya yang dipercayai merupakan adunan di antara logam dan ceramics untuk memberikan perlindungan maksimum kepada kereta kebal itu.
Dengan menganalisis teknologi ini, Russia boleh memperoleh pengetahuan penting untuk meningkatkan armor kereta kebal mereka dan berkemungkinan membangunkan countermeasures yang lebih baik terhadap senjata anti-kereta kebal.

Satu lagi bidang yang mungkin menarik perhatian pakar Russia adalah sistem kawalan tembakan kereta kebal.
Kereta kebal Abrams dilengkapi dengan sistem sasaran dan kawalan tembakan yang canggih, termasuk pengimejan termal (thermal imaging), pencari jarak laser (laser rangefinder), dan komputer ballistik, yang memastikan kereta kebal itu berkemampuan menembak dalam ketepatan tinggi walaupun dalam keadaan sukar.
Dengan mengkaji teknologi ini, jurutera Russia boleh menambah baik sistem sasaran kereta kebal mereka sendiri, sekali gus meningkatkan keberkesanan kuasa tembakan mereka.
Sistem mobiliti kereta kebal Abrams, yang menggunakan enjin turbin gas, juga dijangka menarik perhatian pakar-pakar Russia.
 Enjin ini memberikan kereta kebal kelajuan dan kelincahan luar biasa, walaupun di kawasan yang sukar.
Dengan memahami reka bentuk dan cara pengoperasian enjin ini, jurutera Russia boleh menggunakan pengetahuan tersebut untuk meningkatkan mobiliti kenderaan berperisai mereka sendiri.
 Laporan terkini daripada konfik di antara Russia-Ukraine mendakwa sebanyak 20 buah daripada 31 buah kereta kebal M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat yang dibekalkan kepada Ukraine, telah pun musnah.
Kemusnahan terbaru kereta kebal M1A1 Abrams yang dioperasikan oleh tentera Ukraine itu dilaporkan berlaku di wilayah Kursk, Russia ketika tentera Ukraine menceroboh wilayah Russia itu yang terletak berhampiran sempadan kedua-dua negara itu.
Penganalisis ketenteraan Russia mendakwa 20 buah kereta kebal M1A1 Russia yang musnah itu berlaku di dalam tempoh enam bulan pada tahun ini, tidak lama selepas kereta kebal Amerika Syarikat itu mula dikerahkan ke medan peperangan.
Lancet-E (ROSOBORONEXPORT)
Buat masa ini, sebagaimana dinyatakan oleh penganalisis tentera Russia, majoriti daripada 20 buah kereta kebal M1A1SA Abrams buatan Amerika Syarikat yang telah musnah di Ukraine adalah disebabkan oleh bedilan-bedilan dron FPV (First Person Viev) pihak Russia dan juga dron berani mati “Lancet.”
Kemusnahan dialami kereta-kereta kebal buatan Barat di medan peperangan di Ukraine telah membuatkan penganalisis ketenteraan Barat mempersoalkan sama ada kereta kebal masih mempunyai peranan dalam era peperangan masa kini dan masa depan.
Disebabkan “tidak tahan” dibedil oleh dron-dron Russia, maka Ukraine beberapa bulan lalu telah mengeluarkan arahan diatas permintaan Washington untuk mengeluarkan kereta-kereta kebal M1A1 SA Abrams itu daripada medan-medan pertempuran.
Dua orang pegawai tentera Amerika Syarikat memberitahu agensi berita The Associated Press bahawa kereta-kereta kebal M1A1 Abrams diderma oleh Amerika Syarikat itu tidak boleh beroperasi di medan peperangan tanpa dikesan dan dibedil dengan kejam oleh dron-dron tentera Russia. — DSA
AbramsfeaturedReverse EngineerUralvagonzavod
Comments (0)
Add Comment