Jepun Naik Taraf Pesawat F-15J Kepada “Super Interceptors”
Jepun telah menganugerah syarikat Boeing dengan kontrak bernilai US$470 juta (RM1.9 bilion) untuk menaiktaraf pesawat pejuang F-15J miliknya kepada varian “Super Interceptors” supaya ia setanding dengan pesawat F-35 Lightning II miliknya serta pesawat-pesawat pejuang China dan Russia yang sering “mencabar” kedaulatan ruang udaranya.