Bantahan Turkiye Paksa Sweden “Lupakan” Hasrat Sertai NATO

Berikutan insiden pembakaran Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa Sweden tidak boleh mengharapkan sokongan Ankara untuk menyertai NATO.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sweden boleh mengucapkan selamat tinggal kepada hasratnya untuk menyertai NATO (sekurang-kurangnya dalam jangka masa terdekat ini) selepas perbincangannya dengan Turkiye mengenai keanggotaan negara Scandinavia itu dalam perikatan tentera Eropah itu digantung.

Pergantungan perbincangan dengan Ankara mengenai keanggotaan Sweden dalam NATO itu diumumkan oleh Menteri Luar Sweden Tobias Billstrom semalam.

Bagaimanapun beliau berharap masa serta usaha untuk melihat Sweden menjadi anggota NATO dapat diteruskan serta proses kearah itu diselesaikan menjelang musim panas ini.

Rasmus Paludan

 

Berikutan insiden pembakaran Al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye di Stockholm, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi amaran bahawa Sweden tidak boleh mengharapkan sokongan Ankara untuk menyertai NATO.

“Sweden tidak sepatutnya mengharapkan sokongan Turkiye untuk NATO.”

“Adalah jelas bahawa mereka yang menyebabkan aib di hadapan kedutaan kita, tidak boleh mengharapkan sebarang kebajikan berhubung permohonan untuk menjadi ahli NATO,” katanya.

Kenyataan Erdogan itu seolah-olah “membunuh” harapan Sweden untuk menyertai NATO dalam jangkamasa terdekat ini.

Aktivis anti-Islam, Rasmus Paludan yang merupakan warga Denmark-Sweden pada awalnya membakar satu salinan al-Quran berhampiran sebuah masjid di Copenhagen, sebelum salinan kedua dibakar di luar kedutaan Turkiye.

Tentera Sweden

 

Keputusan polis Sweden membenarkan Paludan mengadakan protes serupa di ibu negara, Stockholm mendorong Turkiye menangguhkan rundingan dua negara itu menyertai NATO.

Selain berang dengan insiden pembakaran kitab suci Al-Quran di Sweden yang membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, Turki juga meletakkan syarat supaya Stockholm serta Helsinki mengekstradisi puluhan suspek Kurdish yang dituduh atas aktiviti “keganasan” atau terbabit dalam insiden rampasan kuasa pada 2016 yang gagal.

Berikutan dengan konflik Russia-Ukraine yang meletus pada Februari tahun lepas serta kebimbangan ia akan merebak ke negara-negara Eropah yang lain, Sweden dan Finland telah menyatakan hasrat untuk menyertai NATO.

Pada 18 Mei lepas, kedua-dua negara itu secara rasmi telah mengemukakan permohonan rasmi mereka untuk menyertai NATO.

Finland berkongsi sempadan sepanjang 1,300km dengan Russia yang mengancam tindak balas jika kedua-dua negara itu meninggalkan dasar berkecuali mereka dan menyertai NATO.

Pembesaran NATO merupakan salah satu punca mengapa Moscow memulakan konflik dengan Ukraine.

Proses untuk menjadi anggota NATO itu memerlukan persetujuan semua anggota perikatan tentera yang berjumlah 30 negara.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Turkiye menyertai NATO pada tahun 1952 dan memiliki bilangan anggota tentera kedua terbanyak di dalam perikatan tentera itu dibelakang Amerika Syarikat.

Pangkalan tentera NATO di Incirlik, Turkiye menempatkan kira-kira 50 senjata taktikal nuklear Amerika Syarikat, walaupun beberapa pihak mencadangkan supaya Washington memindahkannya berikutan hubungan yang semakin dingin di antara Turkiye dan Amerika Syarikat. — DSA

featuredFinlandNATOSwedenTurkiye
Comments (1)
Add Comment