“Nasib Malang” Terus Menimpa Kapal Pengangkut Pesawat Tunggal Russia

Nasib malang terus menimpa kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov yang mula dibina ketika zaman Kesatuan Soviet, apabila masalah-masalah yang tidak didedahkan kepada umum telah menyebabkan tarikh penyerahan kembali kapal perang itu kepada Tentera Laut Russia ditangguhkan kepada 2024 berbanding tarikh asal pada tahun depan.

Jom follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Google Playstore Defence Security Asia.

 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal pengangkut pesawat tunggal Russia, Admiral Kuznetsov mula menjalani kerja-kerja pembaikan dan usaha pemodenan pada tahun 2017 di limbungan kapal di Murmansk dengan pihak berkuasa negara itu menjangkakan kerja-kerja itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun depan.

Namun, nasib malang terus menimpa kapal pengangkut pesawat yang mula dibina ketika zaman Kesatuan Soviet apabila masalah-masalah yang tidak didedahkan kepada umum telah menyebabkan tarikh penyerahan kembali kapal perang itu kepada Tentera Laut Russia ditangguhkan kepada 2024 berbanding tarikh asal pada tahun depan.

Kapal Admiral Kuznetsov yang dikategorikan oleh tentera laut Russia sebagai “kapal kruiser pembawa pesawat” itu mula dibina pada 1982 tetapi hanya ditauliah pada 1995, iaitu 13 tahun selepas pembinaannya bermula.

Kerja-kerja baikpulih dan pemodenan Admiral Kuznetsov itu dilakukan oleh agensi negara itu, United Shipbuilding Corporation.

Kapal pengangkut pesawat Russia itu sememangnya terkenal di kalangan pemerhati sebagai sebuah kapal yang menghasilkan asap tebal ketika belayar serta sering diiringi oleh kapal tunda (tugboat) sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ia mengalami kerosakan.

Sumber-sumber tentera Russia memberitahu agensi berita Russia, TASS bahawa pihak tentera laut telah menemui beberapa “kerosakan” ketika kerja-kerja baikpulih dan pemodenan dilakukan pada kapal pengangkut pesawat itu.

Penemuan beberapa kerosakan itu telah mengakibatkan tarikh penyerahan Admiral Kuznetsov kepada Tentera Laut Russia ditangguhkan kepada 2024.

Pada mulanya kapal pengangkut pesawat Russia itu sepatutnya diserahkan kepada Tentera Russia pada 2022 sebelum dilanjutkan kepada 2023 dan kini 2024 pula.

Nasib kapal pengangkut pesawat tunggal Russia itu telah mengalami beberapa insiden malang seperti kebakaran yang berlaku ketika belayar di Turki pada 2009 yang menyebabkan seorang anak kapal terbunuh.

Sebulan selepas kejadian di Turki itu, kapal itu ditimpa insiden lain menyebabkan kira-kira 300 tan minyak tumpah di perairan Ireland ketika ia sedang mengisi minyak.

Dalam satu kejadian yang berlaku di perairan Syria, dua buah pesawat pejuang yang ditempatkan di Admiral Kuznetsov itu terhempas ketika ia cuba mendarat.

Kemalangan itu telah menyebabkan ia berpatah-balik ke pangkalannya di Syria.

Kerja-kerja baikpulih dan pemodenan terhadap kapal Admiral Kuznetsov itu bermula pada 2017 bertujuan untuk memanjangkan lagi hayatnya selepas 20 tahun lagi,selain mengalihkan silo-silo peluru berpandunya dan melengkapkannya dengan pertahanan udara serta elektronik yang baru.

Ia juga akan membolehkan Admiral Kuznetsov membawa 50 buah pesawat pejuang.

Pada tahun 2018 ketika sedang diperbaiki sebuah kren seberat 70 tan telah roboh ke atas kapal pengangkut pesawat itu menyebabkan seorang anak kapalnya terbunuh, manakala pada 2019 pula insiden kebakaran di kapal itu membunuh dua orang pekerja.

Sebenarnya sebelum ini Soviet Union membina beberapa buah kapal pengangkut pesawat, termasuk dua buah kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev yang telah dijual kepada China untuk dijadikan hotel dam muzium.

TEKAN UNTUK MUAT-TURUN APLIKASI DEFENCE  SECURITY ASIA:  

Sebuah lagi kapal pengangkut pesawat kelas-Kiev telah dijual kepada India pada 2013 dan menjadi INS Vikramaditya.

Sebuah lagi kapal pengangkut pesawat kelas-Admiral Kuznetsov yang belum siap dibina telah dijual kepada China pada 1998 dan selepas pembaikan besar-besaran dilakukan oleh Beijing kapal terbabit itu kini dikenali sebagai Liaoning yang merupakan kapal pengangkut pesawat pertama negara Asia itu. — DSA

“Liaoning” kini milik China
Admiral KuznetsovfeaturedRosakRussia