KM-SAM II atau “Korean Patriot” Kuasai Pasaran di Timur Tengah, Iraq Jadi Pelanggan Terbaru

Menteri Pertahanan Iraq Thabet Al-Abbasi mengumumkan bahawa negara pengeluar minyak itu telah memuktamadkan kontrak bagi perolehan lapan bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II buatan Korea Selatan dianggarkan bernilai US$2.63 billion (RM11.3 billion).
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II (Cheongung II) buatan Korea Selatan atau nama jolokannya “Korean Patriot” tidak dapat dinafikan lagi adalah sistem pertahanan udara paling popular di Timur Tengah apabila sebuah lagi negara di rantau itu mengesahkan perolehannya.
Walaupun sebelum digembar-gemburkan berminat untuk memilikinya, tetapi kini Iraq mengesahkan ia telah pun memutuskan untuk memiliki sistem pertahanan udara jarak sederhana yang dibangunkan oleh Agency for Defense Development (ADD) Korea Selatan dan dibina oleh LIG Nex1.
Iraq menyertai dua negara Timur Tengah yang lain, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi yang lebih awal memutuskan untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana itu.
Memandangkan Korea Selatan turut menawarkan KM-SAM II itu kepada Malaysia untuk memenuhi keperluan bagi sistem pertahanan udara jarak sederhana, mungkin negara akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang memilik sistem pertahanan udara itu.
Pada 9 Sept yang lalu, Menteri Pertahanan Iraq Thabet Al-Abbasi mengumumkan bahawa negara itu telah memuktamadkan kontrak bagi perolehan sistem pertahanan udara KM-SAM II dan majlis pemeteraian kontrak akan diadakan pada minggu ini.
“KM-SAM II”
Kontrak itu adalah untuk perolehan sebanyak lapan bateri sistem pertahanan udara itu, yang dianggarkan bernilai US$2.63 billion (RM11.3 billion).
Kontrak perolehan bagi sistem pertahanan udara KM-SAM II itu dimeterai hanya beberapa bulan selepas Abbasi melawat Korea Selatan Mac lalu.
Sistem pertahanan udara jarak sederhana buatan Korea Selatan itu akan membantu sistem pertahanan udara Pantsir-S1 buatan Russia yang diperolehi oleh Iraq pada 2014.
Negara pengeluar minyak itu turut bercadang untuk memiliki sistem pertahanan udara buatan Russia yang lain seperti S-300 atau S-400,namun konflik Russia-Ukraine yang menyebabkan kesukaran mendapatkan alat ganti membantutkan hasratnya untuk menambah pemilikan sistem pertahanan udara Russia.
Ia ditambah pula dengan ancaman sekatan ekonomi dibawah CAATSA sekiranya Iraq memperolehi sistem pertahanan udara atau apa-apa sistem persenjataan buatan Russia.
Cadangan untuk memperolehi sistem pertahanan udara buatan Amerika Syarikat pula menerima bantahan keras daripada kumpulan-kumpulan berpengaruh di dalam Iraq dan negara jirannya, Iran, menyebabkan ia memandangkan kepada Korea Selatan sebagai “jalan tengah.”
“KM-SAM II”
Apa yang menarik menurut para penganalisis adalah, UAE, Arab Saudi dan Iraq sebelum ini menyatakan mahu memperolehi sistem pertahanan udara buatan Russia, S-400 tetapi akhirnya  memilih sistem pertahanan udara buatan Korea Selatan, KM-SAM II.
Sebagaimana dilaporkan oleh media pertahanan antarabangsa, Arab Saudi dikatakan telah menandatangani kontrak bernilai US$3.2 billion (RM15.25 billion)  pada November tahun lepas untuk memperolehi sistem pertahanan udara jarak sederhana itu.
Negara Arab yang kaya dengan sumber minyak itu dilaporkan memperolehi 10 bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana itu, mengikuti jejak langkah negara jirannya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang turut memperolehi sistem yang sama bernilai US$3.5 bilion (RM16.68 bilion) pada Januari 2022.
Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM II  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem pertahanan udara jarak sederhana yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.
a adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan yang dibangunkan oleh firma pertahanan LIG Nex1 dan Agency for Defense Development (ADD) dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.
Turut sama membangunkan sistem pertahanan udara itu adalah Hanwha Systems yang membangunkan sistem radarnya dan Hanwha Aerospace pula membekalkan kenderaan pelancarnya.
“KM-SAM”
Sistem KM-SAM II dibangunkan oleh Korea Selatan berinspirasikan sistem-sistem pertahanan udara yang telah dibangunkan oleh firma pertahanan terkenal Russia, Almaz-Antey seperti S-300 dan S-400.
Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit.
Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM Block 1 itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.
Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM Block 1 boleh membedil sasaran udara setinggi 15km (49,000 kaki) pada jarak sejauh 40 km manakala bagi KM-SAM Block II akan memiliki keupayaan yang lebih baik berbanding Block 1. — DSA
featuredIraqKM-SAM IIKorea Selatan
Comments (0)
Add Comment