Kapal Friget Moden Denmark “Iver Huitfeldt” Terus Gagal Diperbaiki Selepas Berbulan-Bulan Alami Kerosakan

Kapal friget Tentera Laut Denmark itu sepatutnya menyertai misi kapal-kapal perang NATO dipanggil “Standing Maritime Group One” di perairan berkenaan bermula 11 Julai hingga 5 Nov depan, tetapi ia gagal menyertainya kerosakan dialaminya beberapa bulan lalu pada misi di Laut Merah masih gagal diperbaiki.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Laut Denmark dilaporkan gagal mengerah kapal perang “Iver Huitfeldt” untuk satu menyertai satu misi penting di utara Lautan Altantik, Laut Utara dan Laut Baltik selepas kapal friget moden  itu gagal diperbaiki akibat “kerosakan” dialaminya pada misi di Laut Merah beberapa bulan yang lalu.

Kapal friget Tentera Laut Denmark itu sepatutnya menyertai misi kapal-kapal perang NATO dipanggil “Standing Maritime Group One” di perairan berkenaan bermula 11 Julai hingga 5 Nov depan, tetapi ia gagal menyertainya disebabkan kerosakan dialaminya beberapa bulan lalu pada misi di Laut Merah terus gagal diperbaiki.

“Kami terpaksa ‘menukar’ penyertaaan Tentera Laut Denmark pada Standing Maritime Group One akibat cabaran dialami krew kapal Iver Huitfeldt semasa misi di Laut Merah masih gagal diperbaiki – kita bersetuju dengan cadangan supaya tidak mengerahkan kapal friget itu untuk tugasan di lautan,” menurut menteri pertahanan negara itu Troels Lund Poulsen.

Semasa beroperasi di Laut Merah April tahun ini, kapal perang moden Tentera Laut Denmark itu dilaporkan berhadapan dengan masalah yang serius melibatkan radar active phased array miliknya serta sistem pengurusan combat (combat management system) C-Flex sehingga menjejaskan prestasi keseluruhan kapal perang itu.

“Menurut komunikasi daripada kapten kapal perang (Iver Huitfeldt) itu, masalah dihadapi oleh komponen terbabit adalah amat serius sehingga ia tidak dapat menggunakan sistem pertahanan udaranya, RIM-162 Evolved Sea Sparrow Missiles (ESSM) selama kira-kira 30 minit,” menurut laporan media online Denmark.

“Iver Huitfeld”

 

Sistem pertahanan udara ESSM itu melindungi kapal perang terbabit daripada sebarang ancaman samada dron berani mati atau peluru berpandu anti-kapal.

Selain itu,kapal friget Iver Huitfeld milik Tentera Laut Denmark juga berhadapan dengan masalah serius melibatkan meriam 76mm miliknya yang gagal berfungsi dalam lebih daripada satu insiden ketika beroperasi.

Kegagalan sistem-sistem kritikal ini beroperasi telah mendedahkan kapal perang moden itu kepada bahaya.

Menurut media online Denmark itu lagi, kapten kapal perang Tentera Laut Denmark itu telah memaklumkan masalah-masalah yang membelenggu komponen-komponen kritikal kapal friget Iver Huitfeld itu tetapi tiada jalan penyelesaian diambil untuk memperbaikinya.

Malah kapal perang itu tetap dihantar ke zon aktif peperangan walaupun ia adalah kapal perang “yang rosak.”

Akibat daripada kerosakan dialaminya itu, kapal friget “Iver Huitfeldt” telah diundurkan daripada operasi di Laut Merah itu.

Kapal friget kelas-Iver Huitfeld Tentera Laut Denmark.

Kerosakan yang dialami oleh kapal friget “Iver Huitfeldt” itu di Laut Merah sehingga memaksanya mengundur diri itu menyusuli satu lagi insiden “malang” yang menimpa kapal perang Jerman di Laut Merah.

Pada Februari lepas,  kapal friget Type 124 kelas-Sachsen Tentera Laut Jerman “FGS Hessen” dilapor telah melancarkan peluru berpandu sistem pertahanan udaranya dalam cubaan untuk menembak jatuh sebuah  dron “tidak dikenali” di Laut Merah, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai milik Amerika Syarikat.

 

Kapal friget Tentera Laut Jerman itu bernasib baik dan tidak “menanggung malu” selepas peluru berpandu SM-2 (Standard Missile-2) dilancarkannya mengalami kerosakan teknikal, sekaligus menyebabkan cubaan untuk menembak jatuh “dron tidak dikenali”pada 26 Februari itu gagal.

“Dron tidak dikenali” itu kemudiannya dikenalpasti oleh Tentera Laut Jerman sebagai MQ-9 “Reaper” milik Amerika Syarikat yang sedang bertugas di kawasan perairan Laut Merah.

“Kegagalan” teknikal peluru berpandu kapal friget Jerman itu berfungsi dengan baik telah menyelamatkan Tentera Laut Jerman daripada menanggung malu kerana “tersalah tembak” sehingga menyebabkan kemusnahan aset milik tentera daripada pasukan sahabat.

Kapal friget Tentera Laut Jerman “FGS Hessen” itu berada di perairan Laut Merah sebagai sebahagian daripada “Operation Aspides” yang dilancarkan oleh Kesatuan Eropah bagi menangani ancamana daripada kumpulan Houthi terhadap kapal-kapal dagang yang melalui kawasan perairan itu.

“FGS Hessen”

 

Menurut maklumat-maklumat, selepas kapal perang Jerman “FGS Hessen” itu mengesan kehadiran dron “tidak dikenali” itu, kapal perang Jerman “FGS Hessen” telah cuba melakukan identifikasi dengan tentera Amerika tetapi tidak berjaya, menyebabkan ia telah melancarkan peluru berpandu SM-2 dalam cubaan untuk menembaknya jatuh.

Laporan daripada media Jerman “Spiegel” menyatakan bahawa kedua-dua peluru berpandu SM-2 itu mengalami masalah teknikal menyebabkan ia gagal menembak jatuh “dron tidak dikenali” itu. — DSA

DenmarkfeaturedIver HuitfeldRosak
Comments (0)
Add Comment