Kereta Kebal Keluaran Tempatan ALTAY Mula Masuki Perkhidmatan Tentera Darat Turkiye Tahun Ini

Kereta kebal utama ALTAY mempunyai berat 65 tan dan dilengkapi dengan meriam 120mm yang boleh menembak sasaran sejauh 8km serta berkeupayaan membawa kira-kira 40 butir peluru di dalam badan kereta kebal itu.
Kereta Kebal Keluaran Tempatan ALTAY Mula Masuki Perkhidmatan Tentera Darat Turkiye Tahun Ini
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kereta kebal buatan tempatan Turkiye yang pertama, ALTAY dijangka memasuki perkhidmatan tentera darat negara itu pada tahun ini, dengan sejumlah 165 buah kereta kebal itu akan beroperasi pada tahun 2028.
Ketua Presidensi Industri Pertahanan Turkiye (SSB) Prof Haluk Gorgun berkata pembuatan kereta kebal oleh syarikat pembuatnya , BMC Defense di kemudahan syarikat itu di Kahramankazan akan bermula meliputi juga pembuatan enjin dan sistem tranmisinya.
“Tahun ini seperti yang dijanjikan, kami akan menghantar kereta kebal pertama yang dihasilkan secara besar-besaran kepada angkatan tentera. Perancangan semasa kami adalah untuk membuka kemudahan pada bulan Ogos ini dan memulakan serta meneruskan proses pembuatan bagi semua kenderaan berperisai kami,” katanya.
Beliau berkata, projek kereta kebal ALTAY yang sedang dijalankan adalah platform berteknologi tinggi yang amat dinantikan.
Lebih daripada 600 syarikat terlibat dalam projek ini, dengan BMC Defense sebagai kontraktor utama, serta kerjasama daripada syarikat seperti Aselsan, Roketsan, dan Havelsan.
Selepas menghantar tiga buah kereta kebal ALTAY pada tahun ini, SSB mensasarkan untuk menghantar 85 kereta kebal dalam konfigurasi T1: 11 unit pada tahun depan, 41 unit pada tahun berikutnya, dan 30 unit pada tahun seterusnya.
Altay
“Altay”
Secara keseluruhan, sebanyak 165 kereta kebal dijangka dihantar menjelang tahun 2028, dengan Turkiye dijangka bakal memiliki sejumlah 1,000 kereta kebal ALTAY keluaran syarikat tempatannya.
BMC Defense adalah syarikat 100 peratus milik Turkiye dan memiliki Hak Harta Intelek (Intelectual Property Rights) terhadap kereta kebal utama ALTAY dan enjinnya buatan tempatannya yang bakal dihasilkan di kilang milik Presidency of Defense Industries (SSB).
Kereta kebal ALTAY dilengkapi teknologi canggih, termasuk meriam 120mm dengan jarak tembakan sejauh 8km, mesingan berat 12.7mm, dan keupayaan membawa 40 peluru.
Sistem armor komposit dan reaktif direka oleh Roketsan memberikan perlindungan maksimum terhadap ancaman moden seperti peluru APFSDS dan warhead tandem.
Sistem perlindungan aktif AKKOR juga dipasang untuk melindungi daripada roket dan peluru berpandu anti-armor.
Kereta kebal utama ALTAY mempunyai berat 65 tan dan dilengkapi dengan meriam 120mm yang boleh menembak sasaran sejauh 8km serta berkeupayaan membawa kira-kira 40 butir peluru di dalam badan kereta kebal itu.
“Altay”
Ia juga dilengkapi dengan mesingan berat 12.7mm.
Kereta kebal yang dibangunkan sendiri oleh industri pertahanan Turkiye, ALTAY akan dilengkapkan dengan sistem armor komposit dan reaktif rekaan syarikat pertahanan tempatan, Roketsan.
Dalam projek membangunkan sistem armor generasi baru untuk keperluan kereta kebal utama Turkiye, ALTAY, syarikat Roketsan menitikberatkan ciri-ciri seperti keberkesanannya serta sistem armor yang ringan menggunakan bahan-bahan termaju.
Sistem armor untuk kereta kebal ALTAY itu adalah suatu sistem yang hybrid yang dibangunkan oleh sekumpulan jurutera Roketsan bagi menangani ancaman pada masa kini.
Menggunakan bahan-bahan yang berteknologi tinggi dalam penghasilan sistem armor terkini untuk kereta kebal utama itu, perlindungan yang diberikannya kepada krew kenderaan itu adalah amat tinggi walaupun tahap berat sistem armor itu pada kadar yang minimum.
Jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya di pasaran, sistem armor yang dibangunkan oleh Roketsan adalah jauh lebih baik dalam memberikan perlindungan kepada kompartmen diduduki krew dan sub-sistem kenderaan daripada bedilan berulang kali.
Ia juga memberikan perlindungan maksimum daripada tembakan roket anti-armor APFSDS, perlindungan daripada “tandem warheads”, kerosakan kolateral yang rendah selain rekabentuk yang fleksible bagi memudahkan ia dipasang untuk platform-platform lain.

 

Selain itu, kereta kebal utama ALTAY juga akan diberikan perlindungan menggunakan sistem AKKOR Active Protection System (APS) yang memberikan ia pertahanan 360 darjah daripada ancaman daripada roket dan peluru berpandu anti-kereta kebal.
AKKOR APS itu menggunakan radar dan bahan letupan untuk menangani ancaman dan serangan sistem persenjataan anti-kereta kebal.
 — DEFENCE SECURITY ASIA

 

AltayBMCKereta KebalTurkiye
Comments (0)
Add Comment