KD Lekiu Duta Kecil Malaysia Di ASEAN-INDIA Maritime Exercise 2023

ASEAN-India Maritime Exercise (AIME) 2023 dianjurkan secara bersama oleh Tentera Laut Republik Singapura dan Tentera Laut India di Changi Naval Base (CNB), Singapura dan perairan Laut China Selatan pada 2 hingga 8 Mei 2023. 

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kapal friget Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Lekiu terus memainkan peranan penting dalam mendokong Tonggak Ke-3 Strategi Pertahanan Negara iaitu Perkongsian Berwibawa melalui aktiviti diplomasi pertahanan dengan menyertai ASEAN-India Maritime Exercise (AIME) 2023.

AIME 2023 dianjurkan secara bersama oleh Tentera Laut Republik Singapura dan Tentera Laut India di Changi Naval Base (CNB), Singapura dan perairan Laut China Selatan pada 2 hingga 8 Mei 2023. 

Eksesais multilateral yang julung kali dianjurkan ini adalah hasil kesepakatan dari ASEAN Defence Minister’s Meeting (ADMM) Ke-16 di Phnom Penh, Kemboja pada 22 Jun 2022.

(kredit TLDM)

 

Eksesais kali ini turut diadakan seiring dengan penganjuran International Maritime Defence Exhibition (IMDEX) oleh Singapura pada 3 hingga 5 Mei.

IMDEX merupakan pameran maritim antarabangsa yang diadakan sejak 1997 dan telah melibatkan 22 buah kapal, enam pesawat dan 1,800 peserta dari pelbagai negara.

Selari dengan objektif AIME, kerjasama pertahanan dan kebolehoperasian bersama angkatan laut negara ASEAN dan India dalam menangani ancaman maritim di rantau ini telah dimanifestasikan oleh KD LEKIU melalui pelaksanaan operasi maritim pelbagai dimensi dengan mempraktikkan Code for Unplanned Encounters at Sea (CUES).

Eksesais ini juga turut menjadi medan untuk warga TLDM berinteraksi dan mengemaskini pengetahuan bersama peserta negara sahabat selain berperanan dalam meningkatkan kompetensi warga melalui pelaksanaan Field Training Exercise yang berkonsepkan Maritime Security.

Penglibatan KD Lekiu dalam AIME dan IMDEX 2023 ini mampu mengukuhkan peranan TLDM sebagai duta kecil negara yang mempromosikan diplomasi pertahanan di samping mengerat dan memperkukuhkan kerjasama serantau.

(kredit TLDM)

 

TLDM sebagai rakan berwibawa di rantau ini terus diiktiraf meskipun dibelenggu dengan isu-isu keusangan aset yang berpanjangan.

Sewajarnyalah, peningkatan keupayaan aset TLDM disegerakan agar setanding, jika tidak lebih baik, dengan angkatan laut sahabat bagi memastikan kita kekal releven di persada antarabangsa dan serantau.

SUMBER : BAHAGIAN KOMUNIKASI STRATEGIK, MARKAS PEMERINTAHAN ARMADA BARAT

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ASEANfeaturedIndiaKD LekiuTLDM