Rakyat Thai Tertanya-Tanya Sama Ada Kapal Selam Mereka “Memiliki Enjin”

Lima tahun selepas kontrak pembelian kapal selam ditandatangani pada 2017, Thailand masih menunggu kapal selam pertama yang dibelinya daripada China itu dan maklumat terkini menunjukkan Bangkok berkemungkinan besar tidak akan memperolehi kapal selam itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Pada 2017,  Thailand telah membeli dua buah kapal selam kelas-Yuan (S-26T) daripada China, sebelum Beijing memberikan sebuah lagi kapal selam kepada negara Asia Tenggara itu secara percuma.

Kapal-kapal selam yang dibeli oleh China dibuat oleh syarikat China Shipbuilding and Offshore International (CSOC).

Lima tahun selepas kontrak pembelian itu ditandatangani, Thailand masih menunggu kapal selam pertama yang dibelinya daripada China itu dan maklumat terkini menunjukkan Bangkok berkemungkinan besar tidak akan memperolehi kapal selam itu.

Kapal selam buatan China yang bakal diperolehi oleh Thailand pada 2024.

 

Ini kerana kapal selam yang dijanjikan oleh China kepada Thailand tidak menepati syarat sebagaimana yang tertera di dalam kontrak yang ditandatangani oleh kedua-dua negara lima tahun lepas.

Kontrak pembelian menyatakan bahawa kesemua kapal selam yang dibeli oleh Thailand daripada China itu perlu dilengkapi dengan enjin diesel MTU 369 buatan Jerman.

Bagaimanapun, China tidak dapat melengkapkan kapal-kapal selam terbabit dengan enjin diesel buatan syarikat Jerman sebagaimana dalam kontrak dipersetujuinya dengan Thailand, disebabkan Beijing telah dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah.

Sekatan oleh Kesatuan Eropah itu bermaksud tidak ada peralatan atau komponen tentera yang dihasilkan di negara-negara anggota kesatuan itu seperti enjin kapal selam dibenarkan digunakan oleh tentera China.

Sebab itulah, kapal-kapal selam Thailand buatan China itu sehingga kini tidak mempunyai enjin.

Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha beri amaran akan batal perjanjian pembelian kapal selam dari China. (Bangkok Post)

 

Sebagai jalan penyelesaian terhadap kebuntuan itu, Beijing menawarkan kepada Thailand untuk melengkapkan kapal-kapal selam yang dibelinya itu dengan enjin diesel buatan China,CHD 620.

Bangkok pada mulanya enggan menerima “jalan penyelesaian” oleh Bangkok itu tetapi disebabkan mahu memelihara hubungan baik dengan kuasa ekonomi terpentingnya, Thailand terpaksa menimbangkan cadangan Beijing untuk melengkapkan kapal-kapal selam itu dengan enjin diesel buatan China.

Namun, Tentera Laut Thailand meletakkan syarat bahawa ia perlu menguji terlebih dahulu enjin diesel buatan China itu terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan cadangan Beijing.

Kini Tentera Laut Thailand mempunyai panglima yang baru, Laksamana Choengchai Chomchoengpaet yang menyatakan bahawa pihak masih tidak dapat menerima “jalan penyelesaian” yang dikemukakan oleh pihak China itu.

Ini kerana menurut panglima tentera laut Thailand yang baru itu, kajian dilakukan oleh pihaknya mendapat enjin diesel buatan China itu “tidak mencukupi.”

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Menurut laporan oleh portal berita Bangkok Post,  Tentera Laut Thailand telah menguji enjin CHD 620 buatan China dan memutuskan untuk tidak meluluskan penggunaan enjin diesel itu di kapal-kapal selam yang dibelinya daripada China.

Memburukkan lagi keadaan, enjin CHD 620 buatan China itu sendiri tidak digunakan oleh kapal-kapal selam China sendiri.

Jika Thailand bersetuju dengan enjin diesel CHD620 itu,hanya ia dan Pakistan sahaja yang akan menggunakan enjin diesel itu.

Sehingga kini kerajaan Thailand dan tentera laut masih meneruskan perundingan dengan kerajaan China dan syarikat CSOC tentang nasib tiga buah kapal selam dibeli Bangkok tetapi sehingga kini masih  “tidak mempunyai enjin.” — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
ChinafeaturedKapal SelamS-26TThailand
Comments (0)
Add Comment