(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Kementerian Pertahanan hari ini mengesahkan bahawa kapal Submarine Rescue Vessel “MV Mega Bakti” akan terlibat dalam misi SAR kapal selam Indonesia “KRI Nanggala” di perairan utara Bali.
Kementerian Pertahanan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, misi SAR MV Mega Bakti disertai oleh 54 kru termasuk 7 pegawai serta anggota TLDM.
“Misi ini turut disertai oleh 3 pegawai dan staf perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama 44 kru MV Mega Bakti,
“Operasi ini diketuai oleh Komander Mohd Hairul Fahmy Yob TLDM selaku Coordinator Rescue Force (CRF),” menurut kenyataan itu hari ini.
MV Mega Bakti telah berlayar dari Jeti Operasi Markas Pemerintahan Kapal Selam, Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah pada 7 pagi tadi.
“Kapal dijangka akan tiba di lokasi SAR pada 25 April 2021 jam 3 petang,” jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menghubungi Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto hari ini bagi melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa.
“Sebagai negara sahabat, Malaysia melalui TLDM telah mengatur gerak MV Mega Bakti ke Bali,
“Selain itu, pihak TLDM akan mengadakan solat hajat serta memanjatkan doa ke atas keselamatan anak-anak kapal dan agar kapal selam tersebut segera ditemui,” kata Menteri Pertahanan.
Kapal MV Mega Bakti ini memiliki berat sebanyak 1960 tan, dengan panjang 80 meter serta lebar 17 meter.
Endurance kapal ini adalah 21 hari.
Antara keupayaan-keupayaan kapal penyelamat kapal selam MV Mega Bakti adalah:
a) Distressed Submarine Ventilation and Depressurization System (DSVDS)–
mengeluarkan udara kotor dan menyalurkan udara bersih.
b) Global Positioning System Intelligent Buoy Tracking System (GIB) – sistem
mencari kedudukan kapal selam terkandas.
Remotely Operated Vehicle (ROV) – menyediakan escape hatch kapal selam
dan memasang DSVDS dan ELSS.
d) Emergency Life Support Stores (ELSS) – menyalurkan bahan keperluan dan
makanan ke kapal selam terkandas.
e) Double Lock Decompression Chamber (DDC) – rawatan submariner yang
terdedah decompression sickness.
f) Submarine Interface Template System (SITS) – sistem bagi pemasangan
SMER–Rescue yang mempunyai keupayaan menyelamatkan submariner yang terkandas
— DEFENCE SECURITY ASIA