Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Bekalan Oksigen “KRI Nanggala” Hanya Sehingga Sabtu

Pasukan penyelamat kini berdepan "race against time" untuk menyelamatkan krew kapal selam KRI Nanggala.

0 4,611

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Bekalan oksigen di dalam kapal selam Indonesia, “KRI Nanggala” hanya mampu bertahan sehingga pukul 3 pagi hari Sabtu ini, yang menggambarkan kesukaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Tentera Laut Indonesia (TNI-AL) sendiri.

Ia menggambarkan bahawa pasukan penyelamat itu berdepan dengan “perlumbaan masa” (race against time) untuk menyelamatkan anak-anak kapal kapal selam malang terbabit sebelum ia kehabisan bekalan oksigen.

“Kapasiti bekalan oksigen kapal selam terbabit adalah 72 jam, ” kata Ketua Turus TNI-AL Laksamana Yudo Margono dan menambah pasukan penyelamat mempunyai masa sehingga hari Sabtu sehingga kira-kira 3 pagi.

“Kita berdoa untuk mencari dan menyelamatkan menyelamatkan mereka sebelum pukul 3 pagi itu,” kata beliau.

Pihak tentera Indonesia sehingga kini enggan mengesahkan sama ada kapal selam KRI Nanggala benar-benar membawa 53 krew atau ia membawa anggota tentera yang lebih.

Semalam pihak tentera laut Indonesia mengatakan kemungkinan kapal selam terbabit itu telah karam dan “jatuh” ke kedalaman ratusan meter di dasar laut.

“Terdapat kemungkinan berlakunya ‘blackout’ yang memungkinkan kapal selam itu kehilangan kawalan dan prosedur kecemasan tidak dapat dilancarkan membuatkan kapal selam itu jatuh ke kedalaman di antara 600 hingga 700 meter, ” katanya.

Penganalisis pertahanan memberi amaran bahawa kapal selam Indonesia itu berkemungkinan juga ” pecah” (broken) di beberapa bahagian jika benar ia jatuh ke kedalaman di antara 600 hingga 700 meter.

Pegawai kanan tentera laut Perancis, Antoine Beaussant sebagaimana dipetik berkata oleh agensi berita AFP berkata kapal selam KRI Nanggala itu tidak direkabentuk untuk beroperasi di kedalaman sedemikian (600-700 meter).

“Jika benar ia berada di dasar 700 meter, kemungkinan besar kapal selam itu telah pecah di beberapa bahagian,” katanya.

Jurucakap TNI-AL Julius Widjojono berkata pasukan SAR menumpukan pada kawasan dimana tumpahan minyak ditemui.

Bagaimanapun tumpahan minyak itu tidak bermakna lokasi kapal selam itu telah ditemui.

Indonesia telah mengerahkan enam kapal perang dan sebuah helikopter untuk operasi SAR KRI Nanggala itu.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...