Kapal Friget Tentera Laut Jerman Cuba “Tembak Jatuh” Dron MQ-9 Reaper Milik Tentera Amerika

Kapal friget Tentera Laut Jerman itu bernasib baik dan tidak "menanggung malu" selepas peluru berpandu SM-2 (Standard Missile-2) dilancarkannya mengalami kerosakan teknikal, sekaligus menyebabkan cubaan untuk menembak jatuh “dron tidak dikenali” (yang kemudiaannya dikenalpasti sebagai MQ-9 Reaper milik Amerika) pada 26 Februari itu gagal.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah kapal friget Type 124 kelas-Sachsen Tentera Laut Jerman “FGS Hessen” telah melancarkan peluru berpandu sistem pertahanan udaranya dalam cubaan untuk menembak jatuh sebuah  dron “tidak dikenali” di Laut Merah, yang kemudiannya dikenalpasti sebagai milik Amerika Syarikat.

Kapal friget Tentera Laut Jerman itu bernasib baik dan tidak “menanggung malu” selepas peluru berpandu SM-2 (Standard Missile-2) dilancarkannya mengalami kerosakan teknikal, sekaligus menyebabkan cubaan untuk menembak jatuh “dron tidak dikenali” (yang kemudiaannya dikenalpasti sebagai MQ-9 Reaper milik Amerika) pada 26 Februari itu gagal.

“Dron tidak dikenali” itu kemudiannya dikenalpasti oleh Tentera Laut Jerman sebagai MQ-9 “Reaper” milik Amerika Syarikat yang sedang bertugas di kawasan perairan Laut Merah.

“Kegagalan” teknikal peluru berpandu kapal friget Jerman itu berfungsi dengan baik telah menyelamatkan Tentera Laut Jerman daripada menanggung malu kerana “tersalah tembak” sehingga menyebabkan kemusnahan aset milik tentera daripada pasukan sahabat.

Kapal friget Tentera Laut Jerman “FGS Hessen” itu berada di perairan Laut Merah sebagai sebahagian daripada “Operation Aspides” yang dilancarkan oleh Kesatuan Eropah bagi menangani ancamana daripada kumpulan Houthi terhadap kapal-kapal dagang yang melalui kawasan perairan itu.

Dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat

 

Selain daripada kapal perang Jerman, negara-negara seperti Perancis, Greek dan Itali turut menghantar kapal perang mereka.

Menurut maklumat-maklumat, selepas kapal perang Jerman “FGS Hessen” itu mengesan kehadiran dron “tidak dikenali” itu, kapal perang Jerman “FGS Hessen” telah cuba melakukan identifikasi dengan tentera Amerika tetapi tidak berjaya, menyebabkan ia telah melancarkan peluru berpandu SM-2 dalam cubaan untuk menembaknya jatuh.

Laporan daripada media Jerman “Spiegel” menyatakan bahawa kedua-dua peluru berpandu SM-2 itu mengalami masalah teknikal menyebabkan ia gagal menembak jatuh “dron tidak dikenali” itu.

“Dron MQ-9 Reaper milik Tentera Amerika Syarikat itu tidak mengaktifkan sistem Indentification Friend of Foe (IFF) menyebabkan ia gagal dikenalpasti oleh kapal friget Tentera Laut Jerman ‘FGS Hessen’ yang cuba menembaknya jatuh,” menurut media Jerman.

Jikalau tidak, tentera Amerika bakal kehilangan sebuah dron MQ-9 Reaper yang dianggarkan bernilai US$40 juta sebuah.

Dron-dron MQ-9 Reaper milik Amerika Syarikat adalah amat aktif di Laut Merah dalam usahanya untuk mengesan sasaran dan kedudukan peluru-peluru berpandu milik kumpulan bersenjata Houthi yang dilancarkan terhadap kapal-kapal dagang yang melalui di perairan Laut Merah itu.

Peluru berpandu SM-6

 

Setakat ini, kumpulan bersenjata Houthi telah berjaya menembak jatuh dua buah dron MQ-9 Reaper milik tentera Amerika Syarikat.

Minggu lepas, kumpulan bersenjata Houthi itu mendakwa ia telah berjaya menembak jatuh pesawat tanpa pemandu MQ-9 “Reaper” milik tentera Amerika Syarikat di pinggir pantai Hodeidah, Yaman.

Jurucakap kumpulan bersenjata Houthi Brig Jen Yahya Saree berkata bahawa anggotanya berjaya menembak jatuh pesawat tanpa pemandu “Reaper” yang dianggarkan bernilai US$30 juta hingga US$40 juta (antara RM135 juta hingga RM180 juta) sebuah.

Menurut beliau, pesawat tanpa pemandu itu berjaya ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang “bersesuaian” ketika aset tentera Amerika Syarikat itu sedang menjalankan tugas “berniat jahat” bagi pihak Israel terhadap Yaman.

Pesawat tanpa pemandu itu dibangunkan oleh syarikat General Atomics.

Serpihan dron MQ-9 Reaper yang ditembak jatuh oleh kumpulan Houthi baru-baru ini.

 

Kumpulan bersenjata itu juga telah mengeluarkan video kejayaan penembakan jatuh pesawat tanpa pemandu itu serta bangkainya yang ditemui dilokasi tidak dinama di Yaman.

Sementara itu dua orang pegawai kanan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah mengesahkan kepada stesen televisyen Fox News bahawa pesawat tanpa pemandu MQ-9 Reaper miliknya telah terhempas di Yaman selepas ia didakwa ditembak jatuh oleh kumpulan bersenjata itu. — DSA

(LAGI BANYAK BERITA TENTANG DRON MQ-9 REAPER)

 

featuredHouthiJermanReaper
Comments (0)
Add Comment