Jerman Akan Hantar Kapal Perang Ke Indo-Pasifik Pertengahan Tahun ini

Kapal friget Tentera Laut Jerman terbabit akan belayar di Laut China Selatan pada musim panas ini untuk sampai ke Jepun.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kerajaan Jerman bercadang menghantar sebuah kapal friget ke Jepun, sebagai sebahagian daripada fokus dasar luarnya yang memberi tumpuan kepada perkembangan geopolitik di rantau Indo-Pasifik.

Kapal friget Tentera Laut Jerman terbabit akan belayar di Laut China Selatan pada musim panas ini untuk sampai ke Jepun.

Dan Beijing dijangka tidak akan bersetuju dengan tindakan yang bakal diambil oleh Berlin itu, kerana ia adalah satu lagi contoh campurtangan negara-negara Eropah dan sekutu Amerika Syarikat terhadap isu Laut China Selatan, sesuatu yang China mahu elakkan.

Kapal friget tentera laut Jerman itu dijangka singgah di Australia dan Korea Selatan dalam pelayarannya menuju ke Jepun.

Ia dijangka akan berada di rantau Indo-Pasifik buat suatu tempoh.

Kapal friget Jerman FGS Hessen.

 

Setiausaha kepada Kementerian Pertahanan Jerman Thomas Silberhorn berkata kepada Nikkei Asia bahawa pihaknya mahu mengeratkan lagi hubungan Jepun dengan rakan-rakan demokrasi mereka.

Beliau menjelaskan bahawa pelayaran sebuah kapal friget Jerman yang dirancang pada tahun ini  tidak mensasarkan mana-mana negara, walaupun dia berkata China tidak boleh dibenarkan untuk menekan negara-negara kecil.

“Mereka tidak boleh dibenarkan untuk memperkenalkan orde baru menggunakan kuasa mereka,” kata Silberhorn.

Selepas kapal-kapal perang daripada Amerika Syarikat, Perancis, British, kini Laut China Selatan bakal menerima kapal perang daripada Jerman pula.

Meriah Laut China Selatan dengan kehadiran pelbagai kapal perang daripada pelbagai negara.

DEFENCE SECURITY ASIA

ChinaIndo PasifikJermanLaut China Selatan
Comments (0)
Add Comment