Korea Selatan Tingkat Jarak Bedilan Meriam “K9 Thunder” Pada 80km

Jarak tembakan meriam-meriam Korea Selatan kini dikatakan “ketinggalan” berbanding meriam yang dimiliki oleh negara-negara jiran dan musuhnya,menyebabkan ia berusaha untuk menaiktaraf sistem K9 Thunder bagi membolehkan ia menembak sejauh 80km.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Korea Selatan diberitakan akan membelanjakan US$38 juta (RM152 juta) untuk meningkatkan lagi jarak bedilan sistem meriam bergerak “K9 Thunder” 155mm  yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan tempatan, Hanwha Defense.

Pihak penyelidikan pertahanan Korea Selatan, Agency for Defense Development (ADA) akan melakukan pelaburan dalam usaha untuk meningkatkan jarak tembakan sistem meriam itu kepada sekurang-kurangnya dua kali ganda berbanding jarak asal iaitu 80km.

Pada ketika ini, jarak tembakan meriam oleh sistem K9 “Thunder” 155mm adalah kira-kira 40km. 

Usaha menaiktaraf kemampuan tembakan meriam sistem itu dilakukan sebagai respons terhadap peningkatan keupayaan sistem-sistem meriam sama yang dimiliki oleh negara-negara jirannya termasuk Korea Utara.

Jarak tembakan meriam-meriam Korea Selatan kini dikatakan “ketinggalan” berbanding meriam yang dimiliki oleh negara-negara jiran dan musuhnya, menyebabkan Seoul berusaha untuk menaiktaraf sistem K9 Thunder dan jarak tembakannya.

Negara jiran yang juga musuh utamanya, Korea Utara juga memiliki sistem meriam bergerak “Koksan” 170mm yang mampu membedil sehingga ke 60km.

Sementara itu China turut memiliki sistem meriam bergerak PL205 155mm yang mampu membedil sasaran sejauh 60km manakala sistem meriam bergerak Russia yang baru, 2S35,  juga memiliki kemampuan untuk membedil sasaran sejauh 70km.

Amerika Syarikat juga sedang membangunkan sistem meriamnya tersendiri yang berkemampuan membedil sasaran sejauh 100km.

 

Pada ketika ini,  Korea Selatan memiliki sehingga 1,100 buah sistem meriam bergerak “K9 Thunder”, dengan sistem meriam bergerak itu turut dijual kepada beberapa negara seperti Australia dan beberapa negara lain.

Secara keseluruhannya, sebanyak sembilan buah negara diseluruh dunia menggunakan sistem meriam bergerak K9 Thunder buatan Korea Selatan itu.

Sementara itu laporan oleh media tempatan di Korea Selatan mengatakan bahawa usaha-usaha menaiktaraf kemampuan sistem meriam bergerak buatan Korea Selatan itu yang akan dilaksanakan sehingga tahun 2027.

Pihak agensi penyelidikan pertahanan Korea Selatan itu akan membangunkan sistem reloading automatik dan teknologi operasi secara remote yang akan membolehkan meriam itu menembak sebanyak sembilan kali di dalam temppoh satu minit. — DSA

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

 

 

featuredHanwhaK9 ThunderKorea SelatanMeriam
Comments (0)
Add Comment