(VIDEO) Jom Saksikan Pejuang Palestin Bedil Kereta Perisai Israel Guna Peluru Berpandu Buatan China

(VIDEO) Dalam video yang dikeluarkan oleh Hamas, ia menunjukkan pejuangnya menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China, HJ-8L Red Arrow untuk membedil dengan tepat kenderaan perisai “Namer” milik tentera Israel.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali sejak konflik antara Palestin dan Israel tercetus sejak sembilan bulan yang lepas, pejuang Hamas telah mempamerkan sistem peluru anti-kereta kebal buatan China miliknya yang digunakan untuk membedil kenderaan armor tentera Israel.

Sebelum ini, pejuang Hamas tidak diketahui memiliki sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China yang dibangunkan oleh syarikat pembuat senjata negara itu, NORINCO.

Dalam video yang dikeluarkan oleh Hamas, ia menunjukkan pejuangnya menggunakan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China, HJ-8L Red Arrow terhadap kenderaan perisai “Namer” milik tentera Israel.

Video itu menunjukkan kenderaan perisai tentera Israel itu terbakar sebaik sahaja peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China itu membedilnya.

Serangan peluru berpandu anti-kereta kebal oleh pejuang Hamas terhadap kenderaan perisai tentera Israel itu dilaporkan berlaku di Rafah yang terletak di bahagian selatan di Semenanjung Gaza.

Sebaik sahaja peluru berpandu anti-kereta kebal itu membedil kenderaan perisai Namer milik tentera Israel itu dan terbakar, sebuah kenderaan Caterpillar 966G milik tentera Israel dilihat cuba memadamkan kebakaran menggunakan pasir.

Sehingga kini, pihak tentera Israel belum memberikan sebarang komen tentang insiden itu.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8 atau Hongjian-8 adalah sistem peluru berpandu anti-kereta kebal generasi kedua menggunakan tiub pelancar, dipandu oleh wire ke sasaran dan juga optically-tracked.

Mula digunakan oleh tentera darat China pada akhir 1980-an, sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow itu dilaporkan adalah sama tarafnya dengan sistem-sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan Barat seperti BGM-71 Tow daripada Amerika Syarikat dan Euromissile HOT oleh Eropah.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow itu telah digunakan dalam pelbagai konflik termasuklah di Yugoslavia, Sudan dan Sri Lanka.  

Peluru berpandu itu dilengkapi dengan kepala peledak HEAT (High Explosive Anti-Tank), sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow buatan China menggabungkan beberapa elemen daripada sistem peluru berpandu anti-kereta kebal Barat.

Pejuang Palestin dengan peluru berpandu anti kereta kebal HJ-8L Red Arrow.
Anggota tentera darat melancarkan peluru berpandu “Bakhtar Shikan” buatan Pakistan yang juga adalah varian kepada HJ-8L Red Arrow, (gambar kredit Tentera Darat)

 

Penganalisi menyatakan tripod sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China itu meniru sistem peluru berpandu TOW buatan Amerika Syarikat, manakala sistem tracker-control unit pula adalah insiprasi daripada sistem peluru berpandu MILAN dan peluru berpandu daripada peluru berpandu Swingfire daripada United Kingdom.

Keseluruhan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow itu memiliki berat keseluruhan 24kg dan berkeupayaan membedil sasaran sejauh 4,000 meter.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal HJ-8L Red Arrow buatan China itu turut dihasilkan oleh Pakistan yang menamakannya “Bakhtar Shikan” yang merupakan varian kepada sistem peluru berpandu anti-kereta kebal buatan China itu.

Sebagaimana yang kita tahu, sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Bakhtar Shikan” turut digunakan oleh Tentera Darat Malaysia. — DSA

ChinafeaturedPeluru berpanduRed Arrow
Comments (0)
Add Comment