“Jack-Up Drilling Rig” Karam Di Perairan Sarawak, 101 Pekerja Terselamat

Menurut sumber-sumber industri yang memberitahu portal Energy Voice berkata, jack-up rig itu dikenali dengan nama “Naga-7” dipercayai mula karam selepas ia dipacak (punch-through) dasar laut.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah “jack-up drilling rig” untuk kerja-kerja mencari gali minyak dan gas milik syarikat Velesto Energy dan bekerja untuk ConocoPhillips tumbang dan karam di dalam laut di pesisir pantai Sarawak hari ini.

Menurut sumber-sumber industri yang memberitahu portal Energy Voice berkata, jack-up rig itu dikenali dengan nama “Naga-7” dipercayai mula karam selepas ia dipacak (punch-through) dasar laut.

“Kelihatan kesemua bahagian jack-up rig itu telah karam ke dalam laut,” menurut sumber kepada Energy Voice.

Gambar kredit @_fabulistijiwa

 

Sumber itu juga berkata, pihak berkenaan sepatutnya sudah mengetahui tentang dasar laut yang tidak kukuh ketika site survey sebelum bertindak meletakkan jack-up drill di kedudukan tersebut.

Kesemua 101 pekerja di jack-up rig itu telah berjaya diselamatkan dan tiga buah lifeboat (bot penyelamat) telah dikerah.

Syarikat ConocoPhillips merancang untuk mengerudi tiga telaga di perairan Sarawak tahun ini –  Salam-3 appraisal dan Gagau-1 wildcat di Blok WL4-00 serta Mersing-1 exploration well di Block SK 304 dengan Naga 7.

Gambar kredit @_fabulistijiwa

 

Naga 7 adalah “premium independent-leg cantilever jack-up rig” yang mampu mengerudi sehingga kedalaman 30,000 kaki dan boleh beroperasi di perairan dengan kedalaman 375 kaki, menurut syarikat Velesto.

Gambar kredit @_fabulistijiwa

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

ConocoPhilipsJack-Up RigMinyak dan GasSarawakVelesto Energy
Comments (0)
Add Comment