Beijing Tingkat Pengeluaran J-20, Bimbang Peningkatan F-22 Dan F-35 Di Indo-Pasifik

Tindakan Beijing itu adalah respons terhadap langkah pihak Tentera Udara Amerika Syarikat menempatkan skuadron pesawat F-22 Raptor di Pangkalan Udara Kadena, Okinawa manakala negara-negara sekutunya seperti Jepun dan Korea Selatan juga memiliki puluhan pesawat F-35 untuk menangani apa sahaja masalah keselamatan di rantau Indo-Pasifik.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beijing bertindak meningkatkan penghasilan pesawat gen-5 miliknya, J-20 “Mighty Dragon” selepas bimbang dengan peningkatan kehadiran pesawat-pesawat pejuang seperti F-35 dan F-22 milik Amerika Syarikat dan sekutunya di Indo-Pasifik.

Memetik sumber-sumber dalam angkatan tentera China dan penganalisis ketenteraan, akhbar terkemuka South China Morning Post mengatakan bahawa Beijing telah meningkatkan pengeluaran pesawat pejuang tercanggihnya itu.

Tindakan Beijing itu adalah sebagai respons terhadap langkah pihak Tentera Udara Amerika Syarikat menempatkan skuadron pesawat F-22 Raptor di Pangkalan Udara di Kadena, Okinawa bagi menggantikan pesawat F-15C/D yang diundurkan.

Pesawat-pesawat F-22 Raptor itu tiba di Pangkalan Udara Kadena pada 4 November yang lalu.

Selain pesawat-pesawat F-22 yang ditempatkan di Jepun itu, negara-negara sekutu Amerika Syarikat seperti Jepun dan Korea Selatan juga memiliki puluhan pesawat F-35 untuk menangani apa sahaja masalah keselamatan di rantau Indo-Pasifik.

Pesawat J-20 China

 

Australia juga telah memiliki pesawat-pesawat F-35, manakala Singapura dijangka memiliki sehingga 12 buah pesawat generasi kelima itu bermula pada tahun 2026.

Thailand juga telah menyatakan minat mereka untuk memperolehi sehingga lapan buah pesawat F-35, walaupun Amerika Syarikat belum lagi memberikan lampu hijau berkenaan permintaan daripada Bangkok itu.

Pegawai-pegawai kanan Beijing menyedari tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya meningkatkan perolehan pesawat-pesawat generasi kelima seperti F-35.

Tindakan Beijing meningkatan pengeluaran pesawat pejuang termodennya, J-20 itu adalah untuk menyeimbangkan kekuatan udara yang dimilikinya dengan kekuatan udara yang ada pada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya di Indo-Pasifik.

F-22

 

China dipercayai telah meghasilkan lebih daripada 200 buah pesawat pejuang J-20, menjadikan bilangan pesawat itu berbanding F-22 dan F-35 di Indo-Pasifik adalah agak seimbang.

Pesawat pejuang termoden China itu mula memasuki perkhidmatan tentera udara negara itu pada 2017 tidak berapa lama selepas Jepun dan Korea Selatan memperolehi pesawat F-35.

Tentera China telah meningkatkan pengeluaran (produksi)  pesawat generasi kelimanya, J-20 “Mighty Dragon” sebaik sahaja selepas pesawat halimunan (stealth) itu dilengkapkan dengan enjin keluaran tempatan “WS-10C”.

Sebelum ini, usaha untuk meningkatkan pengeluaran pesawat termoden China berhadapan dengan masalah kerana ia terpaksa mendapatkan enjin daripada luar negara untuk dipasang dengan pesawat J-20 itu.

Tiga buah pesawat F-35A milik daripada No 75 Skuadron Pangkalan Udara Tindal sedang menuju ke Butterworth. (kredit Australian Government Defence)

 

Pengeluaran pesawat J-20 itu bergantung berapa banyak enjin didapatinya daripada negara luar, dalam kes ini daripada Russia.

Sebelum menggunakan enjin tempatan WS-10C buatan syarikat tempatan, Shenyang Liming Aircraft Engine Company, pesawat J-20 itu menggunakan enjin Saturn “AL-31F” buatan Russia.

Pemerhati tentera di China dengan bangga mendakwa bahawa enjin WS-10C yang dipanggil “Taihang” itu mempunyai keupayaan yang sama sebagaimana enjin yang digunakan oleh pesawat halimunan Amerika Syarikat, F-22 Raptor.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Hanya selepas China berjaya melengkapkan pembangunan enjin tempatannya “WS-10C”, barulah pengeluaran pesawat halimunan China itu memasuki fasa “mass production” bagi memenuhi keperluan tentera udaranya sama ada di pemerintahan selatan, utara, barat dan timur negara itu.

Pesawat J-20 “Mighty Dragon” itu dibangunkan oleh Chengdu Aircraft Industrial Group Co Ltd dibawah Aviation Industry Corporation of China. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

F-22F-35featuredIndo PasifikJ-20Kadena
Comments (0)
Add Comment