(VIDEO) Iran Lakukan Ujian Pelancaran Peluru Berpandu Ballistik Antara Benua (ICBM)??

(VIDEO) Menurut penganalisis, peluru berpandu dilancarkan oleh Iran semalam itu dipercayai adalah daripada jenis “super heavy” dan membawa peledak yang besar seperti “Khorramshahr-4”, yang merupakan peluru berpandu ballistik termoden dan paling terkini dibangunkan oleh Iran.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran dilaporkan telah melaksanakan ujian pelancaran peluru berpandu ballistik antara benua (Inter Continental Ballistik Missile – ICBM) di tapak ujian peluru berpandu and pusat angkasa lepas di Shahroud, utara Iran.
Video yang kini telah viral di media-media sosial menunjukkan peluru berpandu tunggal dilancarkan pada waktu malam di Shahroud, yang turut menjadi lokasi serangan udara oleh Israel beberapa minggu lepas.
Nampaknya, serangan udara Israel terhadap tapak ujian peluru berpandu dan pusat angkasa lepas di Shahroud tidak memberikan kesan, malah Iran telah bertindak balas dengan melancarkan ujian peluru berpandu ICBM.
Menurut para penganalisis, ujian peluru berpandu dipercayai daripada jenis ICBM itu merupakan suatu amaran kepada Israel dan juga Amerika Syarikat tentang kemampuan Teheran melaksanakan serangan balas di bawah operasi “True Promise-3”.
Jika benar Iran telah melancarkan peluru berpandu ICBM, maka ia membuktikan negara itu telah kejayaan baru dalam pembangunan peluru berpandunya.
Berbanding dengan peluru berpandu ballistik yang dimiliki Iran pada ketika ini, peluru berpandu ICBM berkemampuan membedil pada jarak yang lebih jauh.
Sementara itu, penduduk tempatan yang tinggal berhampiran dengan Shahroud mendakwa peluru berpandu yang dilancarkan itu adalah bersaiz besar kerana cahaya daripada roket boosternya dapat dilihat dengan jelas oleh penduduk daripada jarak beberapa kilometer.
Menurut penganalisis, peluru berpandu dilancarkan oleh Iran semalam itu dipercayai adalah daripada jenis “super heavy” dan membawa peledak yang besar seperti “Khorramshahr-4”, yang merupakan peluru berpandu ballistik termoden dan paling terkini dibangunkan oleh Iran.
Ketika ia didedahkan pada awam pada tahun lepas, peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” itu dilaporkan memiliki jarak effektif sejauh 2,000km dan membawa muatan bahan letupan seberat 1.5 tan.
Pihak Iran dilaporkan telah dengan sengaja menyatakan peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” hanya boleh membedil jarak sejauh 2,000km, walhal, jarak sebenarnya adalah di antara 4,000km hingga 5,000km.
Menurut pegawai kanan Barisan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) sebelum ini, setiap peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” itu dikatakan membawa peluru-peluru kluster bagi membolehkan ia menyerang pelbagai sasaran secara serentak.
Setiap peluru berpandu itu mampu membawa 80 buah sub-munisi dengan kemampuan “Exo-Atmospheric Maneuvering Re-Entry Vehicle” (Exo-MaRV).
Peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” itu juga dikatakan adalah amat tepat dengan Circular Error Probable (CEP) di antara 10 meter hingga 30 meter dan menggunakan bahan api “Hypergolic.”
Bagi kelajuan pula, peluru berpandu ballistik itu boleh meluncur selaju Mach 16 apabila berada di luar atmosfera dan Mach 8 apabila di dalam atmosfera ketika ia di peringkat akhir sebelum membedil sasarannya.
Setiap peluru berpandu ballistik “Khorramshahr-4” itu memiliki ketinggian 13 meter dan seberat 30 tan.
Antara ciri utama peluru berpandu terkini Iran itu adalah kemampuannya untuk mengelak daripada dikesan oleh radar dan sistem pertahanan musuh berikutan rekabentuknya yang “low radar signature.” — DSA

featuredICBMIranKhorramshahr-4