India “Marah” Tindakan Amerika Lulus Pakej F-16 Pakistan

Tanpa berlengah, Menteri Pertahanan India Rajnath Singh menelefon Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Jeneral Lloyd Austin untuk menyatakan "kebimbangan" New Delhi terhadap langkah Washington ”membantu” Pakistan itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tindakan Amerika Syarikat meluluskan penjualan alatan ganti dan penyelenggaraan pesawat pejuang F-16 bernilai US$450 juta (RM1.8 bilion) kepada Pakistan, tidak disenangi oleh negara jirannya, India.

Tanpa berlengah, Menteri Pertahanan India Rajnath Singh menelefon Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Jeneral Lloyd Austin untuk menyatakan “kebimbangan” New Delhi terhadap langkah Washington ”membantu” Pakistan itu.

India bimbang terhadap kemungkinan Pakistan akan menggunakan pesawat-pesawat F-16 itu terhadapnya dalam mana-mana konflik yang mungkin berlaku di antara kedua-dua negara pada masa depan.

New Delhi mendakwa Pakistan menggunakan pesawat-pesawat F-16 milik untuk melakukan serangan terhadap kedudukan tenteranya pada 2019 sebagai serangan balas terhadap tindakan India mengebom apa yang didakwa mereka kemudahan milik kumpulan pengganas di Balakot.

Bagi pentadbiran presiden Jo Biden pula, tindakannya meluluskan pakej penjualan alat ganti dan penyelenggaran F-16 kepada Pakistan itu akan membantu kempen anti-pengganas yang dilaksanakan oleh Islamabad.

Pakej bantuan F-16 kepada Pakistan itu juga akan memastikan interoperabiliti dengan aset-aset Amerika Syarikat lain.

“Cadangan penjualan itu akan menyokong dasar luar serta objektif keselamatan Amerika Syarikat dengan membenarkan Pakistan untuk mengekalkan interoperabiliti dengan Amerika dan sekutunya dalam usaha-usaha anti-pengganas dan operasi lain,” kenyataan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Amerika menyatakan bahawa pakej penjualan alat ganti itu tidak akan meningkatkan keupayaan pesawat F-16 Pakistan itu.

Pemimpin Al-Qaeda Ayman Al-Zawahiri

 

Ketika Amerika dibawah pemerintahan Presiden Donald Trump, beliau telah menghentikan segala bentuk ketenteraan kepada Pakistan.

Tentera Udara Pakistan mengoperasikan kira-kira 70 buah pesawat pejuang F-16 dalam pelbagai varian ketika negara itu menjadi sekutu utama kepada Amerika Syarikat.

Pakej penjualan alat ganti dan penyelenggaraan oleh Amerika Syarikat akan membantu Pakistan terus mengoperasikan pesawat-pesawat F-16 yang sebahagiannya telah berusia untuk “terus terbang.”

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pelbagai pihak di India percaya kelulusan penjualan alat ganti dan penyelenggaraan pesawat F-16 Pakistan itu berkait-rapat dengan kejayaan Amerika membunuh pemimpin Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri di Kabul baru-baru ini.

India percaya pihak perisikan Pakistan telah membantu Amerika dalam menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada kejayaan mereka memburu Ayman dan sebagai balasan Washington telah meluluskan penjualan alat ganti F-16 itu. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
F-16featuredIndiaPakejPakistan