Gambar Terbaru Pesawat CN235 “Maritime Surveillance Aircraft” Milik TUDM

Program naik taraf ketiga-tiga pesawat pengangkut CN235-220 TUDM ke MSA dibawah program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat dilaksanakan oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) sebagai OEM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun lepas dan awal tahun ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menghantar tiga buah pesawat pengangkut CN235-220 ke Bandung, Indonesia untuk dijadikan Maritime Surveillance Aircraft (MSA).

Program naik taraf ketiga-tiga pesawat pengangkut CN235-220 TUDM ke MSA dibawah program “Maritime Security Initiative” (MSI) kerajaan Amerika Syarikat dilaksanakan oleh PT Dirgantara Indonesia (PTDI) sebagai OEM.

Nampaknya program menaiktaraf itu di Indonesia berjalan lancar.

Menerusi akaun Instagram Fahmioedin, terdapat gambar salah sebuah pesawat CN235-220 (M44-05) milik TUDM yang sedang dinaiktaraf di Lapangan Terbang Hussein Sastranegara di Bandung.

Apa yang dapat diperhatikan daripada gambar itu adalah, pesawat CN235-220 TUDM itu telah dipasang dengan dengan peralatan FLIR (Forward Looking Infra Red) untuk mengesan dan mengklasifikasikan sasaran selain berkeupayaan untuk merakam keadaan sekeliling penerbangan untuk evaluasi misi.

Salah sebuah pesawat CN235 TUDM yang sedang dinaiktaraf. (gambar TUDM)

 

“Belly Radome” pun berkemungkinan telah dipasang tetapi pandangannya terhalang.

PTDI bekerjasama dengan Integrated Surveillance and Defense, Inc (ISD) yang berpengkalan di Wilsonville, Oregon, Amerika Syarikat dalam membekalkan dan mengintegrasikan Mission Management Systems (MMS) untuk ketiga-tiga unit pesawat CN235-220 yang dimiliki oleh TUDM itu.

Peralatan Mission Management Systems dipasang pada ketiga-tiga pesawat CN235-220 TUDM termasuk FLIR (Forward Looking Infra Red).

Belly Radome dimana Radar Dome dipasang di bawah pesawat atau “perut pesawat”  dilengkapi dengan Search Radar 360 Darjah yang berkemampuan untuk mengesan sasaran-sasaran kecil that sehingga 200 Batu Nautika (Nautical Mile).

Pesawat CN235 MPA milik Senegal yang turut dinaiktaraf oleh PTDI. (kredit Republika)

 

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan Automatic Identification System (AIS), automatic tracking system untuk mengenalpasti kapal-kapal , bagi membolehkan ia mengenalpasti kedudukan objek-objek yang mencurigakan.

Menurut kenyataan oleh TUDM sebelum ini, pelaksanaan program naik taraf pesawat CN-235 itu akan membolehkan ia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance And Reconaissance (ISR).

Program itu akan memberi satu impak yang besar kepada kedaulatan dan keselamatan ruang perairan negara dengan keupayaan pesawat selaras dengan teknologi yang terkini yang akan digunapakai kelak serta pelan strategik yang dirangka oleh TUDM pada masa hadapan.

Program MSI ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Amerika Syarikat, yang sebagaimana kita tahu turut memberikan kita sistem dron “Scaneagles” serta radar-radar jarak jauh serta radar pesisir pantai di ESSCOM.

Terima kasih Uncle Sam.

DEFENCE SECURITY ASIA

CN235MSIPTDITUDM
Comments (0)
Add Comment