Gambar Terbaru Dedahkan Kapal Selam Type 218SG Ke-4 Singapura “Impeccable” Sudah Hampir Siap

Kemasukan  empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekeping gambar yang diambil oleh jurugambar Eckhard Uhrbrock beberapa hari lalu jelas menunjukkan dengan kapal selam Type 218SG kelas-Invincible keempat milik Singapura iaitu “Inimitable” sudah hampir siap pembinaan fizikalnya.

Berdasarkan kepada gambar terkini itu, kemungkinan besar kapal selam itu sedang menjalani fasa-fasa terakhir pembinaan fizikalnya sebelum ia bersedia untuk memasuki fasa ujian di lautan (sea trial).

Apabila selesai menjalani ujian laut di perairan sekitar limbungan milik ThyssenKrupp Marine Systems (TKMS) di Kiel, Jerman, barulah kapal selam keempat Type 218SG kelas-Invincible itu bersedia untuk dipindahkan kepada pengguna terakhirnya iaitu Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Apabila tiba di Singapura, kapal selam canggih itu “Inimitable” sudah pasti akan menjalani fasa ujian lautan lanjutan dikendalikan oleh tentera laut republik itu sebelum ia ditauliahkan secara rasmi ke dalam RSN, sebagaimana yang sedang dilalui oleh sebuah lagi kapal selam Type 218SG Singapura “Impeccable”.  

Pada Julai tahun lepas, Tentera Laut Republik Singapura telah secara rasminya menerima kapal selam Type 218SG kelas-Invicible iaitu “Impeccable” yang pertama daripada empat dipesannya daripada Jerman, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan republik itu.

“Impeccable” (MoD Singapura)

 

Dilancarkan di Kiel, Jerman pada 31 Disember 2022, kapal selam terbaru republik itu “Impeccable” merupakan satu daripada empat kapal selam yang direkabentuk untuk menjalankan operasi di perairan tropika Singapura yang cetek dan sibuk.

Singapura dan TKMS menandatangani dua kontrak berasingan pada 2013 dan 2017 untuk perolehan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang diberikan nama “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable.”

Keempat-empat kapal selam “custom-made” Type 218SG kelas-Invicible itu dibina dengan mengambilkira keperluan spesifik Singapura itu sendiri dengan ciri-ciri yang spesifik tentangnya.

Menurut laporan sebelum ini, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible yang pertama (leadship) RSS Invicible telah pun dilancarkan (launched) pada 2019  tetapi kekal berada di Jerman untuk tujuan latihan krew-krew kapal selam republik itu.

Kapal selam kedua, “Impeccable” sudah berada di Singapura sejak tahun lepas dan sedang menjalani fasa ujian lautan lanjutan oleh Tentera Laut Republik Singapura, sebelum ditauliahkan secara rasmi dalam perkhidmatan.

Kapal selam terbaru Singapura tiba di perairan republik itu diangkut menggunakan kapal Heavy Load Carrier “Rolldock Storm” menggunakan laluan Selat Melaka.

Kapal selam Type 218SG milik Singapura di Kiel, Jerman. (kredit Schlepp-und Fahrgesellesschadt Kiel)

 

Kini, hanya tinggal kapal selam ketiga dan keempat iaitu “Illustrious” dan “Inimitable” yang masih berada di kemudahan milik TKMS di Kiel, Jerman.

Kapal selam Type218SG kelas-Invicible, RSS Illustrious telah pun dilancarkan pada Disember 2022 dan berkemungkinan besar sedang menjalani fasa-fasa terakhir ujian lautannya di Kiel, Jerman itu sebelum belayar pulang ke Singapura.

Bagi penganalisis tentera laut serantau, empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu  merupakan aset bawah permukaan air yang paling moden, paling besar daripada segi saiznya dan paling berkeupayaan di Asia Tenggara.  

 Rekabentuk kapal selam terbaru Singapura  yang direkabentuk khusus untuk republik  itu dikatakan hampir sama dengan kapal selam Dolphin-2 Tentera Laut Israel (berkemungkinan sistem sensor dan lain juga adalah sama).

Kapal selam milik Tentera Laut Israel itu juga telah dibina oleh anak syarikat TKMS, HDW.

Dengan berat kira-kira 2,200 tan, kapal selam Type 218SG kelas-Invicible milik Singapura itu boleh beroperasi 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam lain yang kini dimiliki oleh republik itu, selain dilengkapi dengan sistem persenjataan dan sensor yang jauh lebih baik.

(TKMS)

 

Kemasukan  empat buat kapal selam Type 218SG kelas-Invincible iaitu “Invincible”, “Impeccable”, “Illustrious” dan “Inimitable” bakal melonjakkan lagi kekuatan peperangan bawah permukaan laut Tentera Laut Singapura ke tahap yang lebih tinggi, yang selama ini mempertaruhkan kapal-kapal selam terpakai miliknya daripada kelas-Archer dan kelas-Challenger.

Kemasukan empat buah kapal selam Type 218SG kelas-Invicible itu akan meningkatkan lagi kemampuan Tentera Laut Republik Singapura dalam menjaga serta mempertahankan Sea Lines  of Communication (SLOC) yang amat penting untuk survivalbiliti republik itu.

Kesemua kapal selam terbaru Singapura itu mempunyai berat 2,000-2,200 tan (apabila di bawah permukaan) dan kelajuan 15 knot.

Ia memiliki panjang 70 meter dan lebar lebih 6 meter.

Kapal selam Singapura ini memiliki lapan corong torpedo yang bukan sahaja boleh melancarkan torpedo berkaliber 533mm tetapi juga peluru berpandu anti kapal.

Ia juga akan dilengkapi dengan Air Independent Propulsion (AIP) menggunakan teknologi Fuel Cell yang membolehkan kapal selam itu menyelam 50 peratus lebih lama berbanding kapal-kapal selam yang lain.

“Illustrious”

 

Sistem kombatnya pula direkabentuk oleh Atlas Elektronik dan ST Elektronics.

Satu lagi yang menarik tentang kapal selam Type 218SG Tentera Laut Singapura ini adalah ia direkabentuk khas untuk membolehkan ia beroperasi dengan berkesan di perairan yang cetek dan sibuk, sebagaimana perairan di sekitar rantau Asia Tenggara yang sememangnya sibuk dengan laluan maritim perdagangan.

 “Antara ciri-ciri utama rekabentuk kapal selam terbaru Singapura ini adalah kemampuannya untuk melaksanakan misi pasukan khas,” menurut pakar kapal selam, H I Sutton di dalam portal berita pertahanan, Navalnews.com

 Beliau merujuk kepada sistem Horizontal Multi Purpose Airlock yang boleh melancarkan torpedo, penyelam dan pasukan-pasukan khusus (komando) kerana antara tugas utama yang bakal dilaksanakan oleh kapal selam itu adalah menangani ancaman kumpulan-kumpulan pengganas.

 Kapal selam Singapura itu juga dikatanya mempunyai opsyen untuk dilengkapkan dengan Vertical  Multi Purpose Airlock bagi melancarkan peluru berpandu secara menegak.

Kapal selam Type 218SG pertama Tentera Laut Singapura dinamakan “Invincible”. (Naval News)

 

Ada penganalisis serantau mengatakan Singapura sedang mempersiapkan tentera lautnya untuk mengoperasikan peluru berpandu kruis “Tomahawk” sekiranya diperlukan.

 Menteri Pertahanannya Dr Ng Eng Hen dilaporkan berkata bahawa memandangkan tentera-tentera laut India, Korea Selatan, Thailand dan Indonesia sedang berusaha untuk membesarkan lagi angkatan kapal selamnya, maka, tindakan Singapura memperolehi empat buah kapal selam Type 218SG daripada Jerman adalah “langkah yang tepat.” — DSA

featuredImpeccableKapal SelamSingapuraType 218SG