Membangunkan Pesawat Gen-5, Halimunan Hasil Godaman Maklumat Rahsia?

Menurut penganalisis pertahanan Barat, China didakwa membangunkan pesawat pejuang generasi kelima, FC-31 serta J-20 “Mighty Dragon” menggunakan maklumat-maklumat sensitif yang dicuri atau digodam oleh agensi perisikannya daripada syarikat Lockheed Martin dan kontraktor pertahanan lain yang bertanggungjawab membangunkan F-35 dan kontraktor pertahanan negara itu.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pesawat generasi kelima dan halimunan kedua China, FC-31 atau J-31 bukan sahaja mampu menyaingi pesawat F-35 Amerika Syarikat tetapi  juga dikatakan keupayaannya jauh lebih baik berbanding pesawat pejuang tercanggih Amerika itu.

Membuat kemunculan pertamanya pada 2014, varian pesawat Shenyang FC-31 juga dikatakan juga sedang menjalani pelbagai ujian sebelum diterima untuk terbang dan mendarat daripada kapal-kapal pengangkut pesawat milik China.

Pesawat FC-31 dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation.

Pesawat gen-5 “FC-31” yang dibangunkan oleh Shenyang Aircraft Corporation.

 

Menurut penganalisis pertahanan Barat, China didakwa membangunkan pesawat pejuang generasi kelima, FC-31 serta J-20 “Mighty Dragon” menggunakan maklumat-maklumat sensitif yang dicuri atau digodam oleh agensi perisikannya daripada syarikat Lockheed Martin dan kontraktor pertahanan lain yang bertanggungjawab membangunkan F-35 dan kontraktor pertahanan negara itu.

Daripada maklumat-maklumat yang dicuri dan digodam  itu, jurutera-jurutera China telah melakukan proses “reverse engineering” dalam membangunkan pesawat generasi kelima kedua negara itu, FC-31 serta pesawat J-20 sehingga didakwa lebih baik dan berkeupayaan daripada F-35 dan F-22 saigannya. 

Kegiatan mencuri dan menggodam maklumat sensitif tentera oleh China diibaratkan seperti suatu kegiatan institusi oleh cabang-cabang perisikan tentera negara itu seperti Technical Reconnaisance Bureau (TRB) yang amat aktif dalam kegiatan mencuri maklumat-maklumat intelek berkaitan teknologi pertahanan.

TRB adalah cabang kepada unit perisikan elektronik yang ditubuhkan oleh tentera China.

Maklumat-maklumat sensitif berkenaan teknologi yang digunakan oleh pesawat pejuang F-35 itu didakwa dicuri menerusi kaedah godaman daripada kemudahan milik Lockheed Martin seawal tahun 2007. 

Rekabentuk kedua-dua pesawat kebanggaan China dan Amerika itu adalah hampir sama kerana “sumbernya” juga adalah sama sebagaimana yang didakwa oleh penganalisis pertahanan Barat.

Ya, rekabentuk pesawat-pesawat F-22 Raptor dan F-35 Joint Strike Fighter adalah hampir sama dengan pesawat J-20 dan FC-31.

Pencurian maklumat-maklumat sensitif daripada kontraktor-kontraktor pertahanan Amerika Syarikat menerusi kaedah godaman itu bukan sahaja melibatkan pesawat F-35, tetapi juga pesawat-pesawat pejuang yang lain seperti F-22 Raptor dan B-2.

Pesawat generasi kelima F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

 

Dan pencurian maklumat sensitif tentera itu bukan sahaja melibatkan pesawat pejuang tetapi juga membabitkan pelbagai sistem pertahanan lain seperti sistem laser untuk angkasa lepas, sistem panduan dan penjejakan peluru berpandu, rekabentuk kapal selam berkuasa nuclear dan sistem peluru berpandu anti-udara.

Apa sahaja maklumat berkenaan sistem pertahanan yang berpotensi tinggi akan menjadi sasaran pencurian dan godaman oleh pihak perisikan tentera China.

Walaupun penganalisis pertahanan Barat mendakwa pesawat F-31 dan F-35 itu hampir sama daripada segi rekabentuknya serta komponennya, tetapi daripada segi keupayaan mereka masih diibaratkan seperti langit dan bumi dengan kemampuan FC-31 dan J-20 masih jauh ketinggalan berbanding F-35 dan F-22.

Selain FC-31 digunakan untuk tentera China, ia juga bersedia untuk untuk mengeksport kepada negara-negara sekutunya.

Sebuah pesawat F-35B Kor Marin Amerika Syarikat mendarat atas kapal JS Izumo,

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Kerajaan China semamangnya mahu mempromosi pesawat F-31 untuk pasaran eksport dan telah mewujudkan sebuah pejabat khas bertujuan menarik pelanggan luar berpotensi untuk memperolehi pesawat yang turut dinamakan “Gyrfalcon” dan “J-21.”

FC-31 adalah pesawat pejuang generasi kelima satu tempat duduk, dua enjin, pesawat pejuang bersaiz-sederhana (medium-sized fighter jet) dengan kemampuan halimunan yang ampuh serta kos yang kompetitif.

Pejabat yang khusus untuk mempromosi pesawat FC-31 kepada pelanggan luar itu akan bekerjasama dengan agensi-agensi aeroangkasa China yang lain seperti China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC).

Pembuat FC-31 iaitu Shenyang Aircraft Corporation merupakan syarikat dibawah Aviation Industry Corporation of China (AVIC). — DSA

 

ChinaFC-31featuredJ-20