Apa Yang Diketahui Tentang Konfigurasi Pesawat FA-50 Block 20

Konfigurasi pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Malaysia itu adalah sama seperti yang ditawarkan oleh KAI kepada Poland.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sedikit demi sedikit, kita mula mengetahui tentang konfigurasi pesawat pejuang FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Konfigurasi pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Malaysia itu adalah sama seperti yang ditawarkan oleh KAI kepada Poland.

Jikalau segalanya berjalan lancar di Malaysia, TUDM dan Tentera Udara Poland merupakan pengguna paling awal pesawat FA-50 varian Block 20 yang berkeupayaan tinggi. 

Tentera Udara Korea Selatan (ROKAF) pun tidak menggunakan varian FA-50 Block 20,

Terbaru, sumber mendedahkan kepada Defence Security Asia bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan oleh KAI kepada TUDM akan dilengkapi dengan peralatan Identification Friend or Foe (IFF)/CIT (Combined Interrogators Transponders.

Menurut sumber itu lagi, IFF/CIT itu adalah tambahan terbaru khusus untuk pesawat FA-50 Block 20 sebagaimana yang ditawarkan kepada Poland dan Malaysia.

Selain itu, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Malaysia itu juga akan dilengkapi dengan kelengkapan Embedded Global Positioning System Inertial Navigation System (EGI) dengan kemampuan “anti-spoofing”.

Kemudahan “anti-spoofing” itu akan mengelakkan maklumat GPS/INS pesawat ditipu untuk memberikan kedudukan GPS yang salah.

Pesawat FA-50 Block 20 akan dilengkapi dengan enjin GE F404 sebagaimana yang digunakan oleh pesawat F/A-18 Hornet dan lain-lain pesawat.

Enjin GE F404 yang digunakan oleh pesawat FA-50

 

Selain itu pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Malaysia juga akan dilengkapi dengan kelengkapan Integrated Mission/Display Computer (IMDC) dan juga Radar Warning Receiver (RWR).

Konfigurasi lain pesawat yang ditawarkan kepada Malaysia itu juga termasuklah Head Up Display/Integrated Up Front Control (HUD)/(IUFC), Smart Multi Fuction Display (SMFD) dan pelbagai lagi.

Dalam laporan terdahulu, sumber juga mendedahkan kepada admin bahawa pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Malaysia akan turut dilengkapi dengan kemudahan radar AESA (Advanced Electronically Scanned Array).

Apakah jenis radar AESA yang akan digunakan oleh pesawat FA-50 Block 20 Malaysia itu?

Buat masa ini, belum ada kepastian tentang jenis radar AESA yang bakal dipasang pada pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada Malaysia itu, sama ada ia diperbuat oleh syarikat Korea Selatan (Hanwha Systems) atau syarikat-syarikat pembuat radar Amerika Syarikat.

Selain itu sumber itu juga berkata bahawa, pesawat FA-50 Block 20 yang ditawarkan kepada TUDM itu juga akan dilengkapi dengan dengan kelengkapan radio U/VHF (Ultra/Very High Frequency) yang hampir sama digunakan digunakan oleh varian terkini pesawat pejuang F-16 Block 70.

Pesawat F-16 yang lebih dikenali dengan panggilan “Viper” itu dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.

Syarikat KAI dan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat mempunyai hubungan yang rapat hasil kerjasama mereka dalam membangunkan pesawat latihan lanjutan T-50 Golden Eagle, yang merupakan asas kepada pesawat pejuang ringan FA-50.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Pada masa yang sama kata sumber itu kepada Defence Security Asia, pesawat FA-50 Block 20 yang akan digunakan oleh TUDM itu juga akan dilengkapi dengan “Link 16 Block Upgrade 2”.

Link 16 adalah jaringan datalink taktikal ketenteraan digunakan oleh NATO dan negara-negara yang dibenarkan bagi membolehkan pesawat-pesawat tentera, kapal dan anggota tentera darat untuk bertukar-tukar maklumat. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

FA-50 Block 20featuredKAITUDM