TUDM Sahkan Pesawat F-35A Milik Australia Kini Berada di Butterworth

Penugasan F-35A milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Malaysia untuk Eksesais Elangaroo 2022 merupakan pertama kali pesawat generasi kelima itu dioperasikan di luar Australia dan di rantau ini.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di dalam satu kenyataan menerusi media sosialnya mengesahkan kehadiran pesawat pejuang generasi kelima F-35A milik Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Pangkalan Udara Butterworth.

Menurut TUDM, ia adalah detik bersejarah kepada tentera udara negara dan Pangkalan Udara Butterworth apabila pesawat F-35A RAAF itu mendarat di pangkalan udara terbabit pada 12.58 tengah hari 2 November lalu.

“Enam pesawat F-35A milik Royal Australian Air Force (RAAF) berlepas dari RAAF Tindal dan selamat tiba di Malaysia bersempena Eksesais ELANGAROO 22.,” menurut TUDM di dalam kenyataannya itu.

Apa yang lebih istimewa adalah kerana penugasan F-35A di Malaysia untuk Eksesais Elangaroo merupakan buat pertama kali pesawat generasi kelima ini dioperasikan di luar Australia dan di rantau ini.

Eksesais ELANGAROO 22 yang akan berlangsung mulai hari ini.

Juruterbang-juruterbang pesawat pejuang F-35A milik RAAF. (TUDM)

 

Ketibaan para juruterbang F-35A di Pangkalan Butterworth dialu-alukan dengan simbolik Selamat Datang yang disambut oleh Leftenan Kolonel Mohd Saifullizan bin Abd Shukor TUDM, Ketua Cawangan Operasi Pangkalan Udara Butterworth selaku Pemangku Komander Pangkalan.

 Setiap juruterbang kemudiannya dipakaikan tanjak oleh Pemangku Komander Pangkalan sebagai simbol kepahlawanan dan perjuangan.

Pesawat F-35A milik RAAF di  background. (TUDM)

 

Mereka turut diberikan bunga telur sebagai cenderahati dan sebagai tanda ketulusan TUDM menerima delegasi dari RAAF sebagai tetamu di Malaysia.

“Delegasi peserta RAAF akan berada di Malaysia untuk bersama-sama TUDM di dalam Eksesais ELANGAROO 22 yang merupakan eksesais bilateral bertujuan untuk mengukuhkan perkongsian dengan meningkatkan “combine readiness” dan “interoperability” bagi kedua-dua angkatan udara ini,” kata TUDM.

Eksesais ELANGAROO 22 akan dilaksanakan seiringan dengan Eksesais PARADISE 9/22.

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

TUDM juga telah mengeluarkan kenyataan agar orang ramai khususnya yang berada di Butterworth, Kuantan dan kawasan yang sekitar dengannya tidak merasa cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat tentera terbang rendah di dalam tempoh eksesais bermula 7 Nov hingga 18 November 22.

Kedua-dua eksesais ini dilaksanakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap terbaik khususnya dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara di samping meningkatkan kompetensi warga TUDM dalam eksesais bersama angkatan udara. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore
AustraliaButterworthF-35AfeaturedRAAFTUDM