Populariti F-35 di Eropah “Bunuh” Industri Aeroangkasa Benua Itu?

Dominasi pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat di Eropah telah memaksa syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang benua itu untuk bergantung-harap kepada pasaran luar Eropah terutamanya di Timur Tengah dan Asia untuk menjana jualan supaya mereka syarikat dapat “terus hidup.”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Baru-baru ini media-media Perancis dilaporkan telah menyuarakan kebimbangan mereka tentang masa depan industri aeroangkasa Eropah berikutan “kegilaan” negara-negara benua itu sendiri untuk memperolehi pesawat pejuang generasi kelima F-35 buatan Amerika Syarikat.

“Kegilaan” negara-negara Eropah membeli pesawat pejuang F-35 itu dikhuatiri secara tidak langsung akan “membunuh” industri aeroangkasa di benua itu sendiri.

Terbaru, Portugal memberi bayangan bahawa ia menjadi negara terbaru dan ke-14 di Eropah yang memutuskan untuk memperolehi pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat bagi menggantikan pesawat pejuang F-16 yang digunakannya sebelum ini.

Pada akhir November lepas, Ketua Staff Tentera Udara Portugal Jeneral João Guilherme Rosado Cartaxo Alves menyifatkan pesawat pejuang F-35A sebagai pesawat pejuang paling sesuai untuk menggantikan pesawat pejuang F-16AM/BM milik negara itu.

Populariti pesawat pejuang generasi kelima F-35 buatan Amerika Syarikat telah mengukuhkan kedudukannya sebagai pesawat pejuang pilihan di benua Eropah.

Bagaimanapun pada masa yang sama ia menimbulkan persoalan tentang masa depan syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang benua itu termasuk Dassault Aviation (Rafale), BAE Systems, Leonardo, Airbus (Eurofighter Typhoon) dan Saab Group (Gripen). 

Walaupun syarikat-syarikat terlibat sedang terlibat dalam pembangunan pesawat pejuang generasi ke-6, namun “perjalanan masih jauh” dan tiada kepastian pesawat pejuang dihasilkan mereka mampu bersaing dengan pesawat pejuang generasi ke-6 dibangunkan Amerika Syarikat.

Lockheed Martin yang membangunkan F-35 menganggarkan menjelang tahun 2030, sebanyak 550 buah pesawat pejuang generasi kelima itu akan beroperasi di Eropah termasuk skuadron pesawat F-35 Amerika Syarikat yang beroperasi di Pangkalan Udara Lakenheath di England.

Kebanyakkan pegawai-pegawai kanan syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah berkenaan telah melahirkan rasa kecewa mereka terhadap dominasi pesawat F-35 di benua milik mereka.

Malah pemimpin-pemimpin politik di Perancis telah menyeru rakan-rakan negara Eropah mereka supaya berkempen untuk  “membeli barangan Eropah” dalam satu usaha terdesak untuk meredakan “kegilaan” negara jirannya yang berduyun-duyun membeli pesawat F-35.

Dominasi pesawat pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat itu di Eropah telah memaksa syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang benua itu untuk bergantung harap kepada pasaran luar Eropah terutamanya di Timur Tengah dan Asia untuk menjana jualan supaya mereka dapat “terus hidup.”

Pesawat pejuang Rafale milik Tentera Udara Mesir.

 

Syarikat Dassault Aviation yang membangunkan pesawat pejuang Rafale kini lebih banyak menghabiskan masa di Timur Tengah dan juga Asia dalam mempromosi pesawat pejuang kebanggaan mereka itu.

Pembeli-pembeli berpotensi termasuklah Arab Saudi yang dilaporkan sedang menimbangkan untuk memperolehi 100 buah pesawat pejuang Rafale, selain pesanan tambahan untuk pesawat pejuang itu daripada Qatar, India dan Mesir.

Bagi Saab Group yang membangunkan pesawat pejuang Gripen, ia dilapor menaruh harap yang tinggi terhadap Thailand yang dikatakan mahu menambah 12 buah pesawat Gripen dimilikinya pada ketika ini dan juga Filipina.

Saab Group juga dilaporkan mengemukakan tawaran kepada India tetapi harapan adalah amat tipis dikala New Delhi lebih berminat untuk menambah pemilikan pesawat pejuang Rafale.

Perasaan kecewa syarikat pembuat pesawat pejuang Eropah terhadap dominasi F-35 di benua mereka sendiri sememangnya tidak dapat dibendung lagi dan mereka telah meluahkannya secara terbuka di media.

Pesawat Gripen Tentera Udara Brazil

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saab Group,  Micael  Johansson dilaporkan telah memberitahu wartawan di negara Scandinavia itu tentang “kekecewaannya” berhubung kegagalan pesawat pejuang Gripen dibangunkan mereka dalam menarik minat pembeli-pembeli selain daripada Tentera Udara Sweden.

Beliau berkata pesawat pejuang Gripen gagal menepati sasarannya dalam pasaran eksport dan menyalahkan faktor-faktor politik sebagai punca disebalik kegagalan itu.

Kali terakhir pesawat pejuang Gripen berjaya memenangi kontrak membekalkan pesawat kepada negara asing adalah pada 2014, iaitu 10 tahun lepas, apabila ia berjaya menambat hati Brazil yang bersetuju membeli 36 buah pesawat pejuang buatan Sweden itu bernilai US$5.4 bilion.

Daripada segi prestasi dan kemampuan pesawat pejuang itu, Johansson berkata, tiada apa yang membeza Gripen dengan pesawat-pesawat pejuang yang setanding dengannya. — DSA

CLICK FOR DEFENCE  SECURITY ASIA APPS
Any enquiries can email: lulwabyadah@gmail.com

 

EropahF-35featuredIndustri Aeroangkasa
Comments (1)
Add Comment