(VIDEO) Eurofighter Typhoon RAF Mendarat Cemas Selepas Kehilangan “Kanopi” Ketika Penerbangan

(VIDEO) Kenyataan daripada RAF itu menyatakan bahawa pesawat pejuang Eurofighter Typhoon daripada Skuadron XI (F) di RAF Coningsby “kehilangan” kanopi itu ketika sedang berada di ruang udara Laut Utara (North Sea).
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah pesawat pejuang Eurofighter Typhoon milik Royal Air Force (RAF) terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas kehilangan “kanopi” (canopi) ketika sedang berada di udara, menurut kenyataan oleh RAF.
Kenyataan daripada RAF itu menyatakan bahawa pesawat pejuang Eurofighter Typhoon daripada Skuadron XI (F) di RAF Coningsby “kehilangan” kanopi itu ketika sedang berada di ruang udara Laut Utara (North Sea).
Jurucakap RAF menyatakan bahawa “kehilangan” kanopi itu berkemungkinan disebabkan oleh burung (bird strike).
Pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang malang itu berjaya mendarat di pangkalan udara di Lincolnshire dan juruterbangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Seorang jurugambar bernama Richard Boettcher yang berada di lokasi kejadian ketika pesawat pejuang Eurofighter Typhoon itu mendarat mengatakan bahawa beliau terdengar menerusi scanner yang juruterbang pesawat pejuang itu mengisytiharkan kecemasan selepas kehilangan kanopi-nya.
“Pesawat pejuang tanpa kanopi diiringi ke pangkalan dengan pesawat lain. Mereka terbang pada aras rendah dan kelajuan yang rendah,” menurut beliau.
Kanopi pesawat ialah bahagian struktur yang meliputi kokpit pesawat, biasanya diperbuat daripada bahan lutsinar seperti kaca atau polikarbonat.
Ia direka untuk melindungi juruterbang dan peralatan dalam kokpit daripada elemen luar seperti angin, hujan, serpihan, dan tekanan udara pada ketinggian tinggi.
Reka bentuk kanopi pesawat juga memainkan peranan penting dalam memberikan penglihatan optimum kepada juruterbang, terutama untuk pesawat tempur, di mana medan penglihatan 360 darjah amat kritikal.
Insiden itu berlaku hanya seminggu selepas RAF melancarkan siasatan selepas “pylon” milik sebuah lagi pesawat pejuang Eurofighter Typhoon yang lain telah tertanggal ketika terbang di Haisthorpe berhampiran Bridlington pada 17 Januari lalu.
kredit Richard Boettcher
Tiada kerosakan kepada harta benda dan nyawa pada kejadian itu.
Pylon digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang untuk membawa senjata termasuk peluru berpandu dan bom-bom atau tangki minyak tambahan bagi membolehkan pesawat pejuang itu melakukan penerbangan lebih jauh.
— DEFENCE SECURITY ASIA

Eurofighter TyphoonKanopiRAF
Comments (0)
Add Comment