Dua Bot Tempur FIC G2000 MkII TLDM Kini di Sandakan, Perkukuh Rondaan Pantai Timur Sabah

Menurut TLDM, keempat-empat buat bot tempur FIC G2000 MK II itu bakal ditempatkan di MAWILLA 2, Sandakan bagi memperkasa tahap keselamatan maritim terutama di perairan Sabah Timur selain bertindak sebagai aset pelengkap atau force multiplier kepada TLDM.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua daripada empat buah bot Fast Interceptor Craft FIC G2000 MK II yang baru diterima secara rasmi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Februari lalu, telah pun berada Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di Sandakan pada ketika ini.

Kehadiran kedua-dua buah bot tempur yang baru itu adalah untuk mengukuhkan lagi rondaan di kawasan perairan Pantai Timur Sabah.

Ketibaan kedua-dua bot tempur yang baru itu di Jeti Tambatan Pangkalan Sandakan itu telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah 2, sebagaimana dinyatakan oleh akaun media sosial Markas Wilayah Laut 2.

Keempat-empat buah bot tempur FIC G2000 MKII itu telah diterima oleh TLDM dalam satu majlis penyerahan yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Markas Armada Timur di Pangkalan Laut Kota Kinabalu pada Februari lalu.

 Empat buah FIC G2000 MK II yang dibangunkan oleh syarikat Gading Marine Industry Sdn Bhd itu adalah sebahagian daripada 13 buah bot laju yang diperolehi oleh TLDM.

(TLDM)

 

Menurut TLDM, keempat-empat buat bot tempur FIC G2000 MK II itu bakal ditempatkan di MAWILLA 2, Sandakan bagi memperkasa tahap keselamatan maritim terutama di perairan Sabah Timur selain bertindak sebagai aset pelengkap atau force multiplier kepada TLDM.

Projek perolehan fasa pertama ini telah dibina sepenuhnya di Sitiawan, Perak dan berjaya disiapkan dalam tempoh 16 bulan.

Manakala, keseluruhan perolehan adalah sebanyak 13 buah FIC G2000 Mk II yang melibatkan 3 fasa akan dilaksanakan secara berperingkat.

Kesemua bot tempur FIC G2000 Mk II sepanjang 18 meter dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS) Escribano yang membolehkan penembakan senjata jenis CANiK M2 Quick Change Barrel (QCB) 12.7mm Heavy Machine Gun (HMG) secara automatik.

Selain itu FIC MkII juga akan dilengkapi dengan enjin lebih yang lebih berkuasa dengan power propulsion bot-bot berkenaan menggunakan enjin 2x MAN V12 1650HP serta 2x Hamilton water jet.

(TLDM)

 

Penambahan kuasa kuda pada enjin FIC MkII membolehkan bot-bot sepanjang 18 meter itu berkemampuan mencapai kelajuan 52 knot sejam berbanding hanya 50 knot pada FIC MkI.

Mengenai radius operasi FIC MkII itu pula, ia  adalah 350 Batu Nautika pada kelajuan 35 knots.

Berkemampuan membawa lima orang krew dan lapan anggota tentera, FIC MkII direkabentuk untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk coastal patrol (surveillance), interception, clandestine mission, search and rescue operation dan rapid response.

Bot-bot FIC MkII itu juga akan dilengkapi dengan sistem ECS, radar dan GPS serta Machinery Control System.

Menurut Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob sebelum ini,  bot-bot tempur FIC itu akan digunakan bagi menyokong operasi menangani ancaman bukan tradisonal dan asimetrik dengan lebih efektif.

(TLDM)

 

“Ancaman bukan tradisonal seperti jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia, rompakan di laut dan pelanunan membayangi keselamatan perairan negara.

“FIC ini direka khas dengan ciri kecekapan, kelajuan dan ketepatan bagi membolehkan TLDM bertindak dengan pantas dalam mencegah aktiviti sebegini berlaku di dalam perairan negara kita,” katanya.

Pada Februari 2021, TLDM telah menerima enam FIC G2000 Mk I yang turut dibina syarikat sama.

Namun bot-bot FIC G2000 MKI itu tidak dilengkapi dengan Remote Control Weapon Station (RCWS). — DSA

featuredFIC G2000 MKIISabahTLDM
Comments (0)
Add Comment