(DEFENCE SECURITY ASIA) – Chaiseri Metal and Rubber Co.Ltd merupakan syarikat yang terkenal dalam pembuatan dan pengubahsuaian kenderaan-kenderaan armor yang banyak digunakan oleh pasukan keselamatan Thailand.
Bukan sahaja produk-produk keluarannya digunakan oleh pasukan keselamatan Thailand, tetapi negara-negara luar juga.
Salah satu negara luar yang menggunakan produk keluaran syarikat Chaiseri adalah Malaysia atau lebih tepatnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kenderaan tempur “Lipan Bara”, yang dipasang oleh DEFTECH.
Kita memperolehi 20 kenderaan “Lipan Bara” dalam kontrak bernilai RM140 juta.
Baru-baru ini, page Facebook pertahanan negara jiran “Defence and Security 2021” telah menunjukkan kenderaan berperisai V-150 Cadillac Cage Commando yang telah dinaik taraf oleh syarikat Chaiseri.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia masih menggunakan kenderaan berperisai V-150 walaupun dalam bilangan yang amat kecil, manakala bagi ATM, admin tak pasti sama ada mereka masih menggunakan kenderaan berperisai itu.
Kenderaa V-150 yang dinaiktaraf oleh Chaiseri itu digunakan oleh Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF) untuk Security Force Command.
Kontrak menaik taraf menurut page Facebook itu, itu ditandatangani pada 2019.
Ia melibatkan usaha-usaha menaik taraf dengan meletakkan Remote Control Weapon System (RCWS), enjin yang baru, kawasan pemandu yang baru, sistem suspension, armor dan sistem penghawa dingin yang baru.
Hampir semua bahagian kenderaan itu telah dinaiktaraf dan V-150 itu selepas usaha-usaha terbabit kenderaan itu seperti model yang baru.
Dan pada 2020, kenderaan V-150 yang dinaik taraf itu mula digunakan oleh RTAF.