Britain Sudah “Kehabisan” Senjata Untuk Disumbang Pada Ukraine
Britain sudah “kehabisan” senjata untuk dihantar ke Ukraine bagi membantu negara Eropah Timur itu menangani pencerobohan tentera Russia di selatan negara itu.
Browsing category
Britain sudah “kehabisan” senjata untuk dihantar ke Ukraine bagi membantu negara Eropah Timur itu menangani pencerobohan tentera Russia di selatan negara itu.
“Bimbang” dengan peningkatan kemampuan udara negara-negara tetangganya seperti Pakistan dan China, maka India akan mula menaiktaraf dan memodenkan lagi pesawat-pesawat pejuang Su-30MKI miliknya dengan beberapa teknologi baru yang dibangunkan oleh industri pertahanan tempatan.
Penjualan kapal selam China kepada negara-negara seperti Thailand, Pakistan dan Bangladesh memberikan peluang kepada Amerika Syarikat untuk melihat dengan lebih dekat teknologi kapal selam China yang selama ini merupakan rahsia yang dikawal ketat oleh Beijing.
BRRTTTT!!! Menyedari pesawat A-10 “Thunderbolt” tidak lagi berkemampuan untuk “menyelamatkan” dirinya daripada sistem pertahanan udara moden masa kini, pihak tentera Amerika Syarikat memutuskan untuk menoktahkan perkhidmatan yang panjang pesawat pejuang yang memiliki rekabentuk unik itu pada 2029.
Penggunaan secara meluas dron-dron berani mati Russia terutamanya “LANCET” akan mendedahkan kereta kebal M1A1 Abrams buatan Amerika Syarikat kepada “kemusnahan lebih cepat” sebaik sahaja ia memasuki medan pertempuran di Ukraine.
Hanya beberapa hari selepas melancarkan kapal selam buatan sendiri “Hakun”, Taiwan kini terpaksa berdepan dengan dakwaan bahawa maklumat-maklumat kritikal dan rahsia berkenaan kapal selam diesel-elektrik buatan tempatan itu telah dibocorkan kepada China.
Bagi memastikan pesawat pengebom strategiknya Tu-95 “Bear” yang berpangkalan di Pangkalan Udara Engels 2, Saratov di Russia selamat daripada serangan dron-dron pihak Ukraine, pihak tentera Russia telah mencuba pendekatan di “luar kotak” bagi menangani serangan “musuhnya” itu.
Jerman akan membelanjakan US$3.5 bilion (RM15.75 bilion) untuk memperolehi sistem pertahanan udara anti-ballistik “Arrow-3” bagi mempertahankan ruang udara negaranya dan benua Eropah dibawah projek “European Sky Shield Initiative” (ESSI).
Britain telah menandatangani kontrak bernilai US$4.87 bilion (RM21.9 bilion) untuk membangunkan kapal selam penyerang generasi terbaru dipanggil “SSN-AUKUS” bagi menangani armada kapal selam berkuasa nuklear China di Indo-Pasifik.
Pada perarakan tentera besar-besar di bandaraya Korea Selatan, Seoul pada minggu lepas, tentera Korea Selatan telah menunjukkan dron halimunan misteri kepada masyarakat awam negara itu buat pertama kali.