Britain Belanja RM21.9 Bilion Bina Kapal Selam Kuasa Nuklear Terbaru, “SSN-AUKUS”

Perjanjian untuk memulakan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear "SSN AUKUS" itu adalah sebahagian daripada kerjasama pertahanan di antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Britain telah menandatangani kontrak bernilai US$4.87 bilion (RM21.9 bilion) untuk membangunkan kapal selam penyerang generasi terbaru dipanggil “SSN-AUKUS” bagi menangani armada kapal selam berkuasa nuklear China di Indo-Pasifik.

Perjanjian yang merupakan sebahagian daripada kerjasama pertahanan di antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AUKUS) itu melibatkan syarikat-syarikat pertahanan British seperti BAE Systems, Rolls-Royce and Babcock.

“Kapal selam itu akan memperkuatkan Royal Navy bagi membolehkannya mengekalkan kelebihan kita di dasar laut,”menurut setiausaha pertahanan United Kingdom Grant Schapps di persidangan tahunan Parti Konservatif pada Ahad.

Dalam satu kenyataan yang berasingan, syarikat BAE Systems kapal selam terbaru itu “akan menjadi kapal selam terbesar,paling berkuasa  dan paling canggih” yang pernah dibekalkan kepada Royal Navy.

Syarikat itu berkata, pelaburan itu akan melibatkan kerja-kerja membangunkan kapal selam itu sehingga tahun 2028 dan pengambilan 5,000 pekerja di kemudahan pembinaannya di Barrow-in-Furness di utara England.

Kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia Amerika Syarikat yang bakal diperolehi oleh Australia.

 

Kapal selam pertama dijangka akan siap dibina pada 2030-an.

Pada Mac lalu, pemimpin-pemimpin negara AUKUS mengumumkan projek kapal selam bersama yang akan menyaksikan Australia menggantikan kapal selam diesel-elektrik miliknya dengan kapal selam berkuasa nuklear.

Rancangan itu melibatkan Australia memperolehi kapal selam berkuasa nuklear Amerika, sebelum membina kapal selam baru menggunakan teknologi Amerika Syarikat dan British.

Turut diumumkan pada Mac lalu adalah rancangan Australia unutk membeli lima buah kapal selam berkuasa nuklear daripada Amerika Syarikat sekitar tahun 2030-an dalam perjanjian keselamatan dengan United Kingdom dan Amerika Syarikat yang juga dikenali sebagai “AUKUS” (Australia, United Kingdom, United States).

Australia akan memperolehi lima buah kapal selam berkuasa nuklear kelas-Virginia Amerika pada tahun-tahun 2030-an.

Dibawah kerjasama keselamatan AUKUS itu,  Australia juga dirancang untuk menerima kapal selam berkuasa nuklear terbaru dikenali sebagai “SSN-AUKUS” yang menggunakan teknologi propulsion Amerika Syarikat.

Kapal selam berkuasa nuklear China.

 

Ini hanya kali kedua dalam sejarah di mana Amerika Syarikat berkongsi teknologi kapal selam berkuasa nuklear, selepas berbuat perkara yang sama dengan Britain pada tahun-tahun 1950-an.

Kapal-kapal selam yang bakal dioperasikan oleh Australia itu hanya dijana oleh reaktor nuklear tetapi tidak akan dilengkapi dengan dengan senjata-senjata nuklear.

Penganalisis pertahanan Australia menganggarkan negara itu akan membelanjakan sekitar US$245 bilion (RM980 bilion) sehingga tahun 2050 di atas keputusannya untuk mengoperasikan kapal-kapal selam berkuasa nuklear itu.

Bermula daripada tahun ini, anggota tentera dan kakitangan awam Australia akan ditempatkan dengan tentera laut Britain dan Amerika Syarikat untuk mempelajari teknologi. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

AUKUSAustraliafeaturedKapal SelamVirginia
Comments (0)
Add Comment