Browsing category

Berita

[Video] HMS Queen Elizabeth Ke Laut China Selatan Tahun Depan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Di dalam langkah yang bakal memuncakkan lagi ketegangan di Laut China Selatan, Tentera Laut Diraja British (RN) akan mengerahkan kapal perang terbesarnya iaitu “HMS Queen Elizabeth” ke Asia Pasifik tahun depan. Untuk pengetahuan semua, HMS Queen Elizabeth adalah kapal pengangkut pesawat terbaharu dan paling moden RN (Royal Navy). Memiliki berat sebanyak […]

APMM Usir Keluar Tiga Bot Nelayan Indonesia

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Maritim Negeri Perak telah bertindak mengusir tiga bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara pada 5 dan 7 November lepas. Menurut Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman, bot pertama bersama 5 kru warga Indonesia termasuk tekong diusir oleh KM TUGAU yang dalam rondaan dan penguatkuasaan Op Benteng sekitar […]

[Video] Insiden Heli Korbankan Bekas Kdr TLDM Dan CEO, Bekas CEO MAS Selamat

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Insiden sebuah helikopter terhempas di Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini telah mengorbankan seorang bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kdr (B) Mohamad Sabri Baharom, 56, yang juga ketua instruktur penerbangan di MY Heli Club. Turut terbunuh dalam insiden itu adalah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, seorang ketua pegawai […]

Sistem Pemantauan Pasif “Vera-E”, “Sees Without Being Seen”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Semalam kita berbicara tentang kemampuan sistem peperangan elektronik (EW) Russia iaitu “Murmansk-BN”, dan hari ini admin terfikir tentang kemampuan negara kita pula di di dalam bidang tersebut. Negara kita juga hebat juga di dalam bidang EW/Passive Surveillance System dan menerusi maklumat open source, Malaysia dikatakan turut memiliki peralatan yang berkemampuan di […]

Undang-Undang Baru China Ancam Kedaulatan Malaysia?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Struktur-struktur yang dibina oleh Malaysia di pulau atau terumbu karang kita tetapi pemilikannya turut dituntut oleh Beijing, berhadapan kemungkinan dirobohkan oleh penguatkuasa China di bawah undang-undang yang kini sedang dideraf oleh negara Komunis itu. Ini termasuklah segala binaan yang dbina oleh kita di Pulau Layang-Layang dan semua terumbu karang di Laut […]

Sektor Keselamatan Terima RM32.7 Bilion Dalam Belanjawan 2021

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pembentangan Belanjawan 2021 hari ini menyaksikan kerajaan memperuntukan RM32.7 billion kepada sektor keselamatan dan ketenteraan awam atau 10.1 peratus daripada keseluruhan RM322 bilion peruntukan belanjawan. Kementerian Pertahanan akan memperolehi kira-kira RM15.8 billion manakala Kementerian Dalam Negeri pula RM16.8 billion. Peruntukan Kementerian Dalam Negeri meningkat kira-kira RM1 bilion berbanding setahun lepas. Belanjawan […]

Amerika Kata Indonesia Belum Layak Untuk F-35 Lightning….

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Amerika Syarikat enggan menjual pesawat pejuang mutakhirnya, F-35 kepada Indonesia kerana menganggap negara itu “belum layak” untuk mengoperasikan pesawat pejuang generasi ke-lima. Perkara itu didedahkan oleh Duta Besar Indonesia ke Amerika Syarikat, Muhammad Lutfi kepada media negara itu. Sebaliknya beliau berkata,  Amerika Syarikat mahukan Indonesia menggunakan pesawat-pesawat pejuang negara itu daripada […]

Tentera Laut Indonesia Bakal Guna Kapal Perang Destroyer…

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas ini, tentera Indonesia bakal dilengkapi dengan kapal-kapal destroyer sekiranya rancangan kerajaan Jepun untuk mengeksport kapal-kapal perang terbabit ke negara Asia Tenggara itu menjadi kenyataan. Hebat la tentera laut Indonesia, dengan menjadi tentera laut pertama di Asean yang bakal dilengkapi kapal perang kelas itu. Untuk kapal perang destroyer (pemusnah), dianggarkan berat […]

Vaksin COVID-19 Untuk Pembebasan Nelayan China – Dakwa Laporan

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Perlumbaan mendapatkan vaksin Covid-19 mendedahkan kemungkinan berlaku pertikaian melibatkan kerajaan di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dengan China sebagai pengeluar yang disasarkan. Malaysiakini hari ini memetik Nikkei Asia dalam laporan beritanya yang merangkumi perkembangan di beberapa negara Asia Tenggara menyorot rundingan secara berhati-hati yang dikatakan melibatkan Menteri Luar China Wang Yi […]

[Video] Serangan Bersenjata Di Bandar Vienna

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Insiden tembakan di tengah-tengah kawasan sibuk di bandar Vienna, Austria malam tadi yang sehingga kini telah menyebabkan tiga orang maut dan berbelas lagi mengalami kecederaan parah. Serangan dipercayai dilakukan oleh beberapa penyerang bersenjata. Polis Austria mengatakan salah seorang daripada penyerang berjaya dibunuh oleh polis. Menurut jurucakap polis, serangan dilakukan oleh beberapa […]