[VIDEO] Peluru Berpandu “Ninja” Untuk Black-Ops CIA, Tentera Amerika Syarikat

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada tahun 2019, satu laporan yang terperinci telah dikeluarkan berkenaan penggunaan peluru berpandu rahsia dipanggil “AGM-114R9X” atau “Ninja” khusus untuk misi-misi Black Ops oleh tentera Amerika Syarikat atau Central Intelligence Agency (CIA).

Walaupun laporan terperinci dikeluarkan pada 2019 (tidak disahkan oleh mana-mana pihak) tetapi peluru berpandu khusus itu yang berasal daripada peluru berpandu “Hellfire” dipercayai telah dibangunkan seawal 2011  ketika Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Kenderaan dinaiki oleh dua pemimpin Al-Qaeda selepas dibedil oleh peluru berpandu “Ninja” di Idlib, Syria.

Selama beberapa tahun, peluru berpandu dipanggil “Ninja” itu telah digunakan oleh dron-dron “Predator” untuk membunuh pemimpin dan anggota kanan kumpulan-kumpulan militan yang dikategorikan sebagai “High Value Target” daripada di Iraq, Syria, Somalia, Yemen, Afghanistan dan lain-lain lokasi konflik. Pihak tentera Amerika tidak pernah mengesahkan atau menafikan kewujudan peluru berpandu “Ninja” itu tetapi kewujudannya adalah “open secret.”

Ok, apa yang diketahui tentang peluru berpandu rahsia ini. Antara elemen penting peluru berpandu ini adalah ia tidak menggunakan sebarang peledak (explosive) atau sedikit sahaja peledak, sebaliknya ia menggunakan kuasa kinetic peluru berpandu itu untuk membunuh sasarannya. Ketiadaan bahan peledak itu adalah untuk mengelak sebarang collateral damage ketika peluru berpandu itu mengenai sasaran “High Value Target” terutamanya ketika berada di kawasan berpenduduk padat. Orang sekeliling yang tidak bersalah tidak akan mengalami sebarang kecederaan atau kematian dan kerosakan harta benda.

Kenderaan dinaik oleh dua pemimpin Al-Qaeda selepas diserang oleh peluru berpandu “Ninja” di Idlib, Syria tahun lepas. (gambar atas dan bawah)
Kesan kemusnahan selepas dihentam oleh peluru berpandu “Ninja.”

Menurut pegawai tentera Amerika Syarikat, peluru berpandu “Ninja” itu amat tepat dan tidak menyebabkan “collateral damage” sambil memberi contoh bahawa peluru berpandu itu mampu membunuh pemandu kenderaan tanpa menyebabkan sebarang kecederaan kepada penumpangnya.

Menurut pemerhati, satu contoh adalah kejadian pembunuhan individu dikenali dengan nama Jamel Ahmed Mohammed Ali al-Badawi, yang dikenalpasti oleh CIA sebagai militan Al-Qaeda yang bertanggungjawab merancang pengeboman kapal pemusnah Amerika Syarikat USS Cole pada Oktober 2000.

Dalam kejadian pada Januari 2019 itu, Jamel sedang memandu di Yemen seorang diri apabila peluru berpandu “Ninja” dilancarkan oleh dron “Predator” Amerika Syarikat merobek kenderaan dipandunya dan beliau sendiri.

Tinjauan dilokasi kejadian sejurus selepas kejadian menunjukkan tiada sebarang kesan terbakar pada kenderaan terbabit atau keadaan sekitar, yang membuktikan penggunaan peluru berpandu “Ninja” terhadap Jamel.

Apa yang adalah kenderaannya yang “berlubang.”

Satu lagi ciri penting peluru berpandu “Ninja” ini adalah, ia dikatakan dilengkapi dengan enam bilah kipas (blades) bertujuan untuk memudahkan lagi usaha merobek kenderaan atau bangunan dimana sasaran penting itu berada.

Enam bilah kipas itu dikatakan beroperasi beberapa saat sebelum peluru berpandu itu menghentam sasarannya. Memang tujuan enam bilah kipas itu adalah untuk “mencincang” sasaran tersebut.

Tahun lepas, sebuah dron MQ-9 Reaper (Predator B) Amerika Syarikat telah melancarkan serangan  menggunakan peluru berpandu “Ninja” di Idlib, Syria yang membunuh dua pemimpin Al-Qaeda dikenali dengan nama “Sheikh Qassam” dan “Bilal Al-Sanaani”.

Gambar-gambar di lokasi kejadian menunjukkan tiada kesan sebarang letupan dan collateral damage.

Apa yang tinggal adalah kenderaan mereka yang teruk dirobek oleh enam bilah kipas tajamnya itu.

Itulah peluru berpandu “Ninja.”

Anggota tentera Amerika Syarikat sedang mengangkat peluru berpandu “Hellfire”untuk dipasang di dron Predator.

 

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

AGM-114R9XAl-QaedaAmeirka SyarikatBlack OpsCIANinjaUSS Cole
Comments (0)
Add Comment