Browsing category

Malaysia

ATM Terima Aset-Aset Penting Tahun Lepas dan Tahun Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam amanat yang disampaikannya semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima beberapa aset penting sepanjang tahun lepas dan bakal menerima aset-aset lain yang juga penting pada tahun ini. Antara aset-aset penting yang diterima ATM tahun lepas itu adalah 25 buah kenderaan tempur AV8 Gempita […]

[VIDEO] Polis Pulau Pinang Tahan Tujuh Lelaki Berhubung Insiden di Tg Tokong

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Polis Pulau Pinang mengesahkan ia telah menahan tujuh lelaki atas insiden mengepung dan menghalang tugas polis sejurus selepas kejadian kemalangan membabitkan sebuah motosikal dinaiki dua lelaki, di persimpangan lampu isyarat Tanjung Tokong semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra’ais yang dipetik sebagai berita oleh agensi berita tempatan […]

Kapal KD Selangor Selesai Jalani Kerja-Kerja “Refit”

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Kapal peronda kelas Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Selangor telah selesai menjalani kerja-kerja “rutin refit” oleh Labuan Shipyard and Engineering (LSE) selepas menandatangani sijil penerimaan dalam satu majlis penyerahan baru-baru ini, di limbungan LSE. Laksamana Pertama Satria Sarawak Jais menerima sijil penerimaan itu bagi pihak Markas Armada Timur, Panglima […]

Uniform Baru Unit Tindakan Khas (UTK)?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Gambar-gambar yang tersebar di dalam page Facebook “Geng Keselamatan  Negara” sejak semalam ini adalah dikatakan oleh page facebook terbabit sebagai set pakaian, aksesori terbaharu serta motosikal berkuasa tinggi milik Unit Tindakan Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia. Page FB terbabit mengatakan anggota (di dalam gambar) adalah UTK daripada Tim Strike Force BA […]

Gerakan Pro Komunis Pasca Perjanjian Hatyai 1989 (Siri 1)

Oleh Penulis Undangan (DEFENCE SECURITY ASIA) — “Kembalilah kamu dalam masyarakat, kumpulkan kekuatan dan bangkitlah sebagai golongan pendesak”,  itulah ungkapan Ong Boon Hua atau dikenali sebagai Chin Peng sebelum menyedari perjuangannya membentuk negara Komunis bakal berakhir. Realiti bahawa kekuatan militari dan sokongan material terhadap gerakan bersenjata semakin pudar, petualang bangsa ini mengambil jalan yang lebih […]

Lagi Cubaan PATI Myanmar Masuki Negara ini Digagal Anggota Tentera

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di bawah formasi Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) telah berjaya menangkap lapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar yang cuba memasuki negara ini melalui jalan yang tidak sah. Kejadian tersebut berlaku di sektor OP BENTENG di Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (6 Bgd) […]

TLDM Terima Secara Rasmi Kapal LMS Kedua, “Sundang”

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Penyerahan secara fizikal Littoral Mission Ship (LMS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang kedua iaitu Sundang telah dilaksanakan di Wuchuan Shipbuilding Industry Co. Ltd, Wuchang Port, Qidong di Shanghai, China hari ini. Jawatankuasa Penerimaan Akhir yang dianggotai oleh tiga wakil kerajaan diketuai oleh Ketua Projek, Pasukan Projek LMS Kepten Abdul Hadi […]

ATM Bina Jambatan Bailey Kedua Bantu Mangsa Banjir

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) dan dibantu oleh anggota daripada 2 Skn RAJD sedang melaksanakan pembinaan jambatan Compact Bailey Bridge di Kampung Belimbing, Maran, Pahang bermula semalam. Jambatan Compact Bailey Bridge itu dijangka siap esok. Seramai 9 pegawai dan 111 anggota RAJD […]

PGA Tawau Rampas “Life Jacket” Dipercayai Milik Tentera Negara Jiran

(DEFENCE SECURITY ASIA) –Dalam satu operasi oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira empat hari lepas, tiga lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua rakyat negara jiran telah ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kg. Sungai Melayu Pulau Sebatik. Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mohd Yacob Bin Murad berkata […]

Polis Rampas Pelbagai Dadah Bernilai RM125 Juta Di JB

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ia mungkin adalah rampasan dadah terbesar dalam sejarah negeri Johor atau mungkin Malaysia selepas kontinjen polis negeri itu berjaya merampas dadah dianggarkan bernilai RM125.8 juta dalam 16 serbuan yang dilakukan di Johor Baharu pada 9 dan 10 Januari lepas. Kejayaan rampasan dadah itu telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik […]