ATM Terima Aset-Aset Penting Tahun Lepas dan Tahun Ini

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam amanat yang disampaikannya semalam, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima beberapa aset penting sepanjang tahun lepas dan bakal menerima aset-aset lain yang juga penting pada tahun ini.

Antara aset-aset penting yang diterima ATM tahun lepas itu adalah 25 buah kenderaan tempur AV8 Gempita dan 17 laras meriam jarak sederhana 105mm dipercayai merujuk kepada Nexter Systems LG1 105mm serta dua buah set lengkap hospital medan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Amanat Ismail Sabri itu disiarkan secara langsung menerusi media sosial.

Selain itu pada tahun lepas juga, Kementerian Pertahanan menurut Ismail Sabri telah berjaya menyelenggara dua buah kapal selam “Scorpene” Tentera Laut Diraja Malaysia, memperolehi 11 buah Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan sebuah Multipurpose Boat untuk tugas-tugas kawalan sempadan negara di bawah OP Benteng.

Meriam Nexter Systems LG1 105mm sebagaimana digunakan oleh Tentera Colombia.

Ok bagi tahun ini pula, Menteri Pertahanan itu berkata, RM1.63 billion akan digunakan untuk membeli beberapa aset baru manakala RM2.3 billion pula digunakan untuk menyelenggara aset-aset sedia ada.

Lagi RM539 juta pula akan digunakan untuk pembangunan aset fizikal kesemua cabang ATM.

Antara aset-aset yang bakal diterima oleh ATM tahun ini adalah 37 buah AV8 Gempita, sebuah lagi meriam 105mm, tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) serta enam buah helikopter tempur ringan MD530G.

ATM juga akan menerima aset-aset lagi untuk memperkasa operasi kawalan sempadan di bawah OP Benteng termasuk Fast Interceptor Craft dan All Terrain Vehicle.

Selain itu perancangan sedang dilakukan  untuk membuat beberapa perolehan pada tahun ini termasuk radar, peralatan untuk pasukan khas, Light Combat Aircraft (LCA) dan unit perubatan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

105mmAmanatATMAV8 GempitaIsmail SabriKementerian Pertahanan
Comments (0)
Add Comment