Peluru Berpandu Israel Sasar Sistem Pertahanan Udara S-300 Kawal Loji Nuklear Iran di Natanz
Media-media Amerika Syarikat mendakwa pesawat-pesawat pejuang Israel melancarkan tiga peluru berpandu ballistik terhadap sistem pertahanan udara S-300 di sebuah pangkalan udara Iran yang mengawal kemudahan pengkayaan uranium miliknya di Natanz, tidak jauh daripada wilayah Isfahan beberapa hari lalu.