Insiden USS Connecticut Dedah Risiko Dihadapi Kapal Selam, TLDM Tidak Terkecuali
Awal hari ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengesahkan bahawa kapal selam berkuasa nuklear kelas-Seawolf “USS Connecticut” miliknya terlibat dalam kemalangan selepas ia terlanggar “objek tidak diketahui” di dasar Laut China Selatan pada 2 Oktober lalu, menyebabkan 11 krew mengalami kecederaan.