Browsing category

International

[Video] Tentera Turki Berarak Sambut Kemenangan Azerbaijan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tentera Turki akan turut serta dalam perbarisan tentera di Baku, ibu negara Azerbaijan bagi meraikan kemenangan negara selatan Kaukasus itu ke atas Armenia di dalam konflik di Nagorno-Karabakh baru-baru ini. Perbarisan yang dinamakan “Victory Parade” itu akan berlangsung pada 10 Dis ini (esok). Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan juga dijangka akan […]

[Video]Dron Hezbollah Menyelinap Masuk Israel Tanpa Dikesan

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada bulan lepas, pejuang Hezbollah berjaya melancarkan pesawat tanpa pemandu (UAV) ke dalam Israel untuk mengambil gambar-gambar dan visual pengkalan tentera negara Yahudi. Menurut stesen TV yang bersekutu dengan Hezbollah, Al-Manar, dron terbabit berjaya melaksanakan misinya dengan jayanya tanpa berjaya dikesan oleh sistem pertahanan udara tentera Israel. Semalam, Al-Manar telah menunjukkan […]

Perang Proksi Saudi–Iran, Risiko Gangguan Berpanjangan Bekalan Minyak, Tenaga Dunia

Oleh Jim Kari (DEFENCE SECURITY ASIA) — Dua hari lepas, pemberontak Houthi dari Yaman (yang merupakan proksi Iran) melancarkan satu lagi serangan ke atas aset penting minyak dan gas Arab Saudi. Kali ini, mereka melancarkan peluru berpandu untuk membedil loji terminal agihan pukal simpanan produk minyak (petroleum products distribution plant terminal) milik syarikat minyak kebangsaan […]

[Video] Etnik Armenia Bakar Rumah, Kosongkan Kubur

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Etnik Armenia yang terpaksa meninggalkan Nagorno Karabakh selepas gencatan senjata telah membakar rumah-rumah mereka bagi mengelak ianya diduduki oleh musuh-musuh mereka iaitu penduduk Azerbaijan. Mereka mungkin beranggapan, biar rumah mereka hangus terbakar daripada ianya diduduki oleh “musuh.” Sebelum rumah-rumah yang diduduki mereka selama puluhan tahun itu dibakar, mereka telah melonggokkan barangan […]

Ejen Israel Bunuh Pemimpin No. 2 Al-Qaeda di Teheran

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ejen-ejen perisikan Israel dipercayai telah membunuh pemimpin nombor dua Al-Qaeda dikenali dengan nama “Abu Muhammad Al-Masri” di tengah-tengah bandaraya Teheran, Iran pada Ogos lepas. Menurut akhbar The New York Times, dua orang pembunuh menaiki sebuah motosikal membunuh beliau dan anak perempuannya, Miriam pada 7 Ogos lepas, hari yang sama sambutan kejadian […]

Dunia Arab Semakin Terima Israel. Malaysia bagaimana?

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Satu demi satu negara Arab mengiktiraf kewujudan Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu akhir-akhir ini (di atas dorongan dan sokongan Presiden Donald Trump). Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan telah menandatangani perjanjian dengan Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik, sesuatu yang tidak terfikir oleh masyarakat Arab hanya beberapa […]

Armenia Cuba Heret Russia Ke Perang Nagorno-Karabakh

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Risiko konflik di Nagorno-Karabakh merebak dan melibatkan negara-negara lain di rantau Kaukasus itu meningkat apabila Armenia secara rasmi telah meminta bantuan daripada Russia. Ini selepas, Armenia mengalami kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Azerbaijan di Nagorno Karabakh, yang diiktiraf sebagai milik Baku tetapi majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Armenia. Jika Russia […]

Tentera Amerika, Jepun adakan Latihan “Keen Sword”, Amaran Kepada China

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat dan Jepun memulakan latihan udara, darat dan laut di sekitar perairan Jepun dalam tindakan yang dilihat sebagai satu amaran kepada tindak-tanduk melampau tentera China. Latihan tentera itu dinamakan “Keen Sword”, merupakan latihan tentera di antara kedua-dua negara sejak Jepun menerima Perdana Menteri baru, Yoshihide Suga yang telah berjanji untuk […]

Semua Kapal “Arleigh Burke” Dilengkapi Peluru Berpandu Hypersonic

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam menangani ancaman China dan Russia,  tentera laut Amerika Syarikat merancang untuk melengkapkan kesemua kapal perang pemusnahnya (destroyer) daripada jenis “Arleigh Burke” dan “Zumwalt” dengan peluru berpandu Hypersonic. Perkara itu diumumkan oleh penasihat keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat Robert O’ Brien. Usaha melengkapkan kapal-kapal pemusnahnya dengan senjata yang lebih menggerunkan akan […]

Russia Bakal Campurtangan di Nagorno Karabakh?

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh tentera Armenia dan sekutu mereka di wilayah Nagorno-Karabakh sejak kebelakangan ini nampaknya telah merungsingkan Russia. Sebagai rakan di dalam pakatan ketenteraan Collective Security Treaty Organisation (CSTO), Russsia mempunyai tanggungjawab terhadap keselamatan Armenia, walaupun pada masa yang sama ia mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan Azerbaijan. […]