ATM Ditawar Guna Raifal CAR 816 Ganti Colt M4?

Jurucakap syarikat EDGE Group memberitahu portal pertahanan antarabangsa, Janes bahawa anak syarikatnya, Caracal menawarkan raifal CAR 816 untuk dimiliki oleh ATM dan kedua-dua pihak sedang “berbincang” untuk membekalkannya kepada Tentera Darat.

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Pada LIMA 2023 bulan lepas, sebuah syarikat pertahanan tempatan, Ketech Asia Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan Caracal, sebuah syarikat pertahanan yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Caracal adalah anak syarikat kepada EDGE Group, sebuah konglomerat pertahanan yang dimiliki oleh kerajaan UAE.

Perjanjian ditandatangani antara kedua-dua pihak itu melibatkan kerjasama untuk mengeluarkan senjata ringan CAR 816 di Malaysia dan menjualnya semula untuk memenuhi kemudahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perjanjian ditandatangani kedua-dua syarikat pada LIMA 2023 baru-baru ini.

 

Dibawah perjanjian itu, kedua-dua syarikat akan melaksanakan pemindahan teknologi bagi membolehkan Ketech Asia memasang CAR 816, yang telah pun terbukti keberkesanannya dalam pebagai misi di kemudahan milik syarikat itu di Pahang.

CAR 816 merupakan raifal utama digunakan oleh Angkatan Tentera UAE sejak 2015.

Jurucakap syarikat EDGE Group memberitahu portal pertahanan antarabangsa, Janes bahawa anak syarikatnya, Caracal menawarkan raifal CAR 816 untuk dimiliki oleh ATM dan kedua-dua pihak sedang “berbincang” untuk membekalkannya kepada Tentera Darat.

Raifal CAR 816 juga dipanggil “Caracal Sultan” atau “Sultan” merupakan raifal berkaliber 5.56x45mm standard NATO, operasi gas dan dibangunkan oleh Caracal International yang berpangkalan di Abu Dhabi,UAE.

Ia merupakan senjata api taktikal yang dibangunkan untuk pasukan penguatkuasa dan ketenteraan.

Raifal CAR 816 boleh didapati dalam mode semi-automatic dan konfigurasi select-fire, selain boleh juga dioperasikan pada sistem short-stroke piston dengan tiga pilihan setting (safe, semi-auto dan auto)

Dengan berat di antara 2.9kg hingga 3.4kg, raifal CAR 816 memiliki rate of fire diantara 750 hingga 950 seminit manakala effective firing range senjata api itu adalah sekitar 500 meter.

Raifal itu sebenarnya berkongsi sejarah dan DNA dengan raifal Heckler & Koch HK416 kerana dilaporkan kedua-dua senjatapi itu direkabentuk oleh orang yang sama iaitu, Robert Hirt dan Chris Sirois.

Tentera Ethiopia dengan CAR 816

 

Kedua-dua mereka bertugas dengan dengan syarikat Heckler & Koch untuk membangunkan raifal HK416 sebelum kedua-duanya direkrut pula oleh syarikat Caracal.

Caracal mahu mereka membangunkan senjata api yang lebih baik daripada HK416 dan daripada situlah lahir, CAR 816 yang kini cuba mengintai peluang untuk digunakan oleh anggota-anggota tentera ATM terutamanya tentera darat.

Selain digunakan oleh angkatan tentera UAE, raifal CAR 816 itu juga digunakan oleh anggota Pengawal Republikan Tentera Ethiopia. — DSA

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

ATMCAR 816CaracalEDGE GroupfeaturedKetech Asia
Comments (0)
Add Comment