Britain Tidak Benarkan Ukraine Guna “Storm Shadow” Dibekalkannya Untuk Serang Wilayah Russia

Britain bimbang jika ia membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu kruis “Storm Shadow” yang dibekalkannya itu untuk menyerang Russia secara langsung, ia berpotensi menyebabkan konflik Russia-Ukraine itu semakin merebak dan berkemungkinan mengheret sekali Britain.

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Britain masih tidak membenarkan peluru berpandu kruis lancaran udara (Air Launched Cruise Missile) “Storm Shadow” dibekalkannya kepada Ukraine untuk digunakan oleh negara itu bagi menyerang wilayah-wilayah Russia.

Buat masa ini, Britain hanya membenarkan peluru berpandu kruis “Storm Shadow” itu digunakan untuk menyerang kedudukan tentera Russia yang berada di wilayah-wilayah Ukraine yang ditawan oleh Russia.

Britain bimbang jika ia membenarkan Ukraine menggunakan peluru berpandu kruis “Storm Shadow” yang dibekalkannya itu untuk menyerang Russia secara langsung, ia berpotensi menyebabkan konflik Russia-Ukraine itu semakin merebak dan berkemungkinan mengheret sekali Britain.

Timbalan Setiausaha Negara bagi Pertahanan Britain Luke Pollard baru-baru ini bahawa dasar negara itu tentang peluru berpandu kruis “Storm Shadow” masih tidak berubah.

Britain menurutnya berterusan membekalkan senjata untuk menyokong hak mempertahankan diri oleh Ukraine dan senjata-senjata yang dibekalkannya hanyalah untuk membolehkan negara itu mempertahankan dirinya.

“Storm Shadow”

 

Penjelasan tentang penggunaan peluru berpandu kruis “Storm Shadow” itu diperlukan selepas Perdana Menteri baru Britian Keir Starmer dilaporkan telah memberikan kebenaran kepada Ukraine untuk menggunakan “Storm Shadow” bagi menyerang aset-aset tentera Russia yang terletak di dalam negara itu.

Bagaimanapun Kementerian Pertahanan Britain dalam reaksi balasnya menyatakan bahawa kenyataan Starmer itu adalah “amat memalukan daripada segi diplomatik” dan menjelaskan bahawa penggunaan peluru berpandu kruis “ Storm Shadow” itu hanya dibenarkan terhadap wilayah-wilayah Ukraine yang ditawan oleh Russia seperti Crimea.

Dasar Britain itu adalah untuk mengelak konflik dengan Russia itu daripada merebak.

Peluru berpandu kruis “Storm Shadow” adalah peluru berpandu kruis lancaran udara jarak jauh hasil usahasama tiga buah negara itu United Kingdom, Perancis dan Itali.

Juga dikenali dengan panggilan SCALP EG (Système de Croisière Autonome à Longue Portée – Emploi Général), peluru berpandu itu telah dibuat oleh firma pertahanan Eropah, MBDA.

Ia dibangunkan untuk membedil sasaran-sasaran bernilai tinggi dan kubu-kubu yang diperkukuhkan seperti kubu bawah tanah, pusat-pusat kawalan dan infrastruktur ketenteraan.

“Storm Shadow”

 

Pembangunan sistem peluru berpandu itu telah bermula seawal 1990-an dan direkabentuk untuk menjadi sistem persenjataan jarak jauh, stand-off yang boleh dilancarkan daripada pesawat terhadap sasaran strategik dan pada masa yang sama memastikan pesawat tetap berada di luar jarak jangkauan sistem pertahanan udara musuh.

Peluru berpandu “Storm Shadow” boleh membedil sasaran sejauh 560km atau 300 Batu Nautika bagi membolehkan ia mensasarkan sasaran strategik.

Pada ketika ini peluru berpandu kruis ini sedang berkhidmat dengan beberapa negara seperti United Kingdom, Perancis, Itali,Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, iaitu negara-negara pengguna pesawat pejuang Tornado, Eurofighter Typhoon dan Rafale.

Setiap sebuah peluru berpandu kruis itu adalah seberat 1.3 tan, dengan keseluruhan peluru itu adalah 5.10 meter.

Ia menggunakan sistem propulsion turbojet, Turbomeca Microturbo TRI 60-30 yang memacu peluru berpandu itu ke sasaran dengan kelajuan dan ketepatan yang tinggi.

Mengenai sistem navigasinya pula,sistem peluru berpandu kruis “Storm Shadow” itu dipandu oleh sistem-sistem INS (Inertial Navigation ), GPS (Global Positioning System) dan Terrain Reference Navigation bagi memastikan ia memiliki ketepatan yang amat tinggi.

Manakala bagi peledaknya pula, ia direka untuk menyebabkan kemusnahan yang maksima.

“Storm Shadow”

 

Sebelum dilancarkan, peluru berpandu itu akan “disediakan”, dengan segala data dan maklumat komprehensif tentang sasaran dan trajektori yang diperlukannya bagi memastikan ia “sampai” ke sasaran dimasukkan ke dalam sistem peluru berpandu itu secara pre-loaded.

Selepas dilancarkan daripada pesawat membawanya, peluru berpandu “Storm Shadow” itu akan menggunakan sistem navigasi sendirinya untuk menuju ke sasaran.

“Storm Shadow” itu memiliki kepala peledak dua peringkat dinamakan Bomb Royal Ordnance Augmented Charge (BROACH) yang menggabungkan letupan (blast) dan kemampuan penembusan (penetration capabilities).

Cara kepala peledak BROACH itu berfungsi adalah secara dua peringkat, dengan peringkat pertama menyaksikan ia meletup untuk “membuka” permukaan sasaran dan seterusnya peringkat kedua dimana kepala peledak yang lebih besar, menembusi sasaran dengan lebih dalam sebelum meletup, beberapa saat selepas letupan pertama. — DSA

BritainfeaturedRussiaStorm Shadow