Boeing, Saab Ambil Masa 36 Bulan Bangun Pesawat T-7A Red Hawk

Pesawat latihan T-7A Red Hawk merupakan pesawat tentera udara Amerika Syarikat pertama menggunakan peralatan rekabentuk pesawat secara digital yang membolehkan proses rekabentuk sehingga penerbangan pertama pesawat hanya mengambil masa selama 36 bulan (3 tahun sahaja).

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari yang lepas, gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat,  Boeing Defense, Space and Security telah melancarkan pesawat latihan terbarunya yang dinamakan T-7A Red Hawk.

Ia adalah pesawat T-7A Red Hawk pertama daripada 351 buah yang akan digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat untuk melatih generasi baru juruterbang-juruterbang kombatnya.

Pada tahun 2018, Tentera Udara Amerika Syarikat membelanjakan US$9.1 bilion (RM36.4 bilion) untuk mendapatkan 351 buah pesawat latihan generasi terbarunya itu.

Sudah tentu pesawat latihan T-7A Red Hawk itu akan digunakan untuk melatih juruterbang-juruterbang pesawat pejuang generasi ke-empat, ke-lima dan berkemungkinan ke-enam Tentera Udara Amerika Syarikat.

Pesawat latihan T-7A Red Hawk itu akan menggantikan pesawat T-38C Talon yang digunakan untuk melatih juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat sebelum ini.

Apa yang menarik tentang pesawat latihan T-7A Red Hawk ini adalah ia hasil kerjasama di antara syarikat Boeing dengan konglomerat aeroangkasa Sweden, Saab menggunakan teknologi rekabentuk dan pembuatan pesawat terkini.

Pesawat latihan T-38 Talon

 

Pesawat latihan T-7A Red Hawk merupakan pesawat tentera udara Amerika Syarikat pertama menggunakan peralatan rekabentuk pesawat secara digital yang membolehkan proses rekabentuk sehingga penerbangan pertama pesawat hanya mengambil masa selama 36 bulan (3 tahun sahaja).

Ia sememangnya proses yang amat cepat untuk merekabentuk pesawat seterusnya kepada proses produksi pesawat.

.

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Selepas majlis pelancaran yang diadakan di St Louis, Amerika Syarikat, pesawat T-7A Red Hawk itu akan menerusi segala proses pemeriksaan di darat (ground checks) dan taxi tests sebelum melakukan penerbangan pertamanya di dalam beberapa minggu mendatang ini.

Pada penghujung tahun ini, pesawat latihan T-7A Red Hawk itu akan terbang ke Pangkalan Udara Edwards di mana ia akan melakukan penerbangan ujian sebelum ditauliah ke dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.   — DSA

BoeingfeaturedSaabT-7A Red Hawk