(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas beberapa hari berada di ruang udara Amerika Syarikat, belon pengintip milik China yang mengembarkan Amerika Syarikat telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu udara-ke-udara yang dilancarkan oleh pesawat pejuang generasi kelima F-22 “Raptor” milik tentera udara negara itu.
Pesawat pejuang F-22 yang berpengkalan di Pangkalan Udara Langley itu dilapor telah melancarkan peluru berpandu udara-ke-udara AIM-9X terhadap belon pengintip milik China itu yang berada pada ketinggian 56,000 kaki.
Belon pengintip itu telah ditembak di ruang udara North Carolina dan usaha untuk mencari serpihannya di perairan berhampiran sedang dilakukan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Presiden Jo Biden dilapor mahukan belon pengintip itu ditembak jatuh lebih awal tetapi tindakan itu tidak dapat dilakukan kerana bimbang serpihan belon yang saiznya menyamai tiga buah bas akan mengancam kawasan penduduk.
Belon itu hanya dapat ditembak jatuh hari ini selepas ia berada di ruang udara kawasan perairan North Carolina.
Kehadiran belon “pengintip” itu telah meningkatkan ketegangan di antara Washington dan Beijing sehingga menyebabkan kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Anthony Blinken ke China pada bulan ini dibatalkan.
Kementerian Luar China membidas tindakan Amerika Syarikat itu dan mengatakan bahawa ia akan menegakkan hak dan kepentingan syarikat pemilik belon itu untuk bertindak balas terhadap apa yang dilakukan oleh Washington.
Ia juga mengatakan bahawa tindakan menembak jatuh belon itu adalah keterlaluan dan melanggar norma antarabangsa.
Beberapa hari lepas, Amerika Syarikat telah mengesan kehadiran belon pengintip milik China berada di ruang udara di negeri Montana yang menempatkan ratusan peluru berpandu ballistik negara itu, menurut Jabatan Pertahanan negara itu yang lebih dikenali sebagai Pentagon.
Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajektori belon itu.
Pegawai=pegawai pertahanan Amerika Syarikat yakin bahawa tujuan utama kehadiran belon itu di ruang udara negara itu adalah untuk mengintip.
JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Menurut Wall Street Journal, belon itu terbang di atas negeri Montana, lokasi dimana terletaknya 150 peluru berpandu balistik nuklear antara benua (Inter Continental Ballistic Missile) disimpan di pangkalan tentera udara negara itu.
Pihak China mengatakan bahawa belon altitud tinggi itu digunakan untuk tujuan pencerapkan data-data berkenaaan cuaca dan bukan untuk tujuan ketenteraan.
Ia memasuki ruang udara Amerika Syarikat secara tidak sengaja. — DEFENCE SECURITY ASIA